Selamat Ulang Tahun Kakak..

Happy Birthday My Sis..

Lepas balik kerja, aku dan dia terus balik ke rumah mama. Hari ini birthday kakak ke-30 tahun. Aku sebenarnya tak sure birthday dia semalam atau hari ini. Tapi aku dah ada hadiah special untuk dia.

Pertama kalinya kami naik Jaguh balik rumah mama. Aku terasa macam nak meraung pun ada tersiksa atas motor tu. Untuk short distance ok la. Aku membayangkan kalau balik Melaka naik motor konfem aku menyanyi lagu Nicky Astria – Mengapa sepanjang perjalanan.

Ingatkan nak beli KFC, tapi mama terasa nak makan Sate Melaka. Hmmm…macam best. Alang-alang lalu AKLEH, aku minta dia singgah kat kedai sate AU 2. Apa nama kedai tu haram aku tak ingat, tapi depan kilang-kilang. Sate dia perrgh….lazat gile. Tak sempat abis sebatang rokok, sate 60 cucuk dah siap bakar. Punyalah cepat servis kedai tu.

Balik rumah, sedang elok kakak dan keluarga sampai. Sayangnya Ali, Wani dan kembar tak dapat join sekali sebab esok Wani kena pergi kursus awal pagi. Aku rasa sangat gembira sebab dapat makan ramai-ramai satu famili..Juga sangat gembira sebab aku berkesempatan meraikan ulang tahun kakak ini.

Bersama Danish, Danial dan Mama..


Buat kakanda tersayang, Siti Nurzairiah Khairi – Selamat Hari Jadi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *