Selamat Tinggal Ramadan…

Dad-I-Miss-Ramzan-insurance

Ramadan tahun ini berbeza amat dengan Ramadan yang sudah-sudah. Tidak tahu kenapa. Mungkin faktor usia…mungkin juga kerana perlahan-lahan aku cuba memperbaiki diri. Jadinya Ramadan ini sangat lain dan sangat bermakna..

Ramadan ini, kali pertamanya aku tidak pernah tinggal untuk bersahur. Ini satu perkara yang remeh untuk sesetengah orang. Tapi besar sangat maknanya pada aku. Kalau memang dah tahu tak larat nak masak pagi dan tiada lebihan lauk berbuka untuk bersahur, awal-awal lagi Hadi sudah bungkus nasi goreng untuk dikongsi berdua. Goreng dua biji telor mata dan makan bersama sudah cukup kenyang untuk kami bertahan sampai petang.

Zakat : awal-awal lagi sudah diselesaikan oleh suami. (kerana ini saya sayang dia lebih..)

Walaupun berpuasa, kudrat untuk mengemas rumah baharu tetap ada. Betul pancit dan teringin sangat air coke berpeluh, tapi kekuatan bertahan itu kuat. Kalau tahun-tahun lain tu, rasanya puasa dah barai.

Entahlah, susah nak explain..tapi inilah Ramadan yang sangat aku terasa melaluinya. Dan aku baharu faham istilah ‘temukan aku pada Ramadan akan datang’. Sungguh…aku mahu selalu melalui Ramadan.

f86d1bc3b4dbecdd4238abbfd2e64c61


Ya Allah ya Tuhan kami, malam ini adalah malam terakhir buat kami mendirikan solat tarawih, malam terakhir kami bangun untuk bersahur dan esok mungkin Maghrib terakhir kami berbuka. Usia kami, tertulis di sisi-Mu bila-bila akan habis, sedang kami masih leka menguliti dunia tanpa ada noktahnya.

Ya Allah, semoga kami sudah mampu merasai nikmat manisnya iman di bulan Ramadan, menikmatinya manis ibadah di bulan Ramadan, mensyukuri segala anugerah di bulan Ramadan. Semoga kami sudah makin mudah bangun di tengah malam walau sekadar mendirikan tahajjud dua rakaat, sudah semakin mesra membaca al-Quran dan mentadabbur segala isinya, sudah semakin ghairah bersedekah walau sedikit tanpa lelah, sudah kian asyik beribadah hanya kerana-Mu wahai Allah.

Ya Allah, panjangkanlah usia kami agar dapat lagi kami menjadi tetamu Ramadan pada tahun-tahun akan datang, dan sekaligus meraih gandaan pahala yang telah Engkau janjikan.

Ya Allah, andai kami tersalah, maafkanlah kami. Sesungguhnya, pada hari raya Idulfitri ini nanti, kami lahir menjadi manusia yang bersih, suci seperti seorang anak yang masih bayi.

Perkenankanlah ya Allah, segala rintihan dan harapan kami ini.

Amin ya Rabbal A’lamin…

“SELAMAT TINGGAL RAMADAN, SEHINGGA BERJUMPA LAGI.. SELAMAT DATANG SYAWAL”

(Perkongsian JAKIM)

goodbye_ramadan_kareem_by_ibahibut-d2ys95m

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *