Selamat Pengantin Baru – Zhafrie & Amnah..

Tak pernah dalam sejarah hidup aku bangun seawal 6.oo pagi dan bersiap sedia untuk satu majlis pernikahan. Masa aku menikah dulupun tidaklah sebelum lalat bangun terkocoh-kocoh menyiapkan diri. “Bangun awal gile aku rasa macam nak pergi sukan sekolah,” (Fzamira,2012). Lebih kurang jam 7.00 pagi, aku sekeluarga bertolak ke Tol Sg. Besi untuk menanti rakan-rakan kelas lain. Sempat mengalas perut ala kadar di KFC. Tak lama kemudian, Fariq dan Farah sampai dan kami bertolak ke rumah pengantin dengan bantuan GPS.

Kami sampai awal. Sempat melepak dikedai makan berhampiran. Kebetulan Kimi sudah pun berada dikawasan berhampiran. Aku hanya minum dan membantu ala kadar sessi membalut hadiah. Nak balut hadiah pun boleh jadi bahan yang menghiburkan, apatah lagi melengkapkan teka silangkata pada suratkhabar milik Kimi sementara menantikan rombongan Zhafrie tiba. Fadil sudah mula mencari tandas sementara Azam dan Sheila menanti bersama kami dengan sabar.

Tak lama kemudian, rombongan Zhafrie tiba dan kami berkonvoi ke rumah pengantin perempuan. Lagaknya seolah-olah kami ini sebahagian daripada rombongan pengantin dan itu membuatkan aku sedikit terharu. Separuh rakan kelas Sarjana yang kenal pun kurang dari setengah tahun ada dalam majlis ini. Semuanya tumpang berdebar dan tak sabar menunggu detik abang kastam bakal menjadi suami. Alhamdulillah, sekali lafaz Zhafrie kini bergelar sang suami kepada Amnah. Semua rakan-rakan nampak terharu…Aku juga begitu.

Aku tak boleh menunggu lama. Selesai sessi bergambar, aku mohon beransur dan hajat hati nak singgah rumah Mamak Kamal, yang kebetulan tak sampai 500 meter dari rumah Amnah. Sayangnya Mamak Kamal tiada dirumah dan kami terus balik. Aku dan Hadi bongkang, qada tidur yang tak kecukupan.

Buat Zhafrie dan Amnah, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Ucapan klise lain seperti Semoga Bahagia Sampai Ke Anak Cucu, Selamat Menempuh Dunia Perkahwinan turut aku susuli. Aku harap sangat ini bukannya penamat persahabatan yang ada, sebaliknya garis mula dengan tambahan pasanganmu ke arah hubungan persaudaraan yang berkekalan antara kita semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *