Selamat Menunaikan Umrah,Mama!

image

Alhamdulillah…impian mama untuk menunaikan umrah akhirnya tercapai juga. Rezeki ibu tunggal barangkali…

Bermula minggu lepas, anak-anak sudah Hadi hantar ke rumah mentua di Melaka. Kebetulan minggu lepas dia tiada kelas pada hari Sabtu. Aku pula ke Lumut kerana berkursus. Nampaknya bulan ini bukan sahaja aku terpisah dengan anak-anak yang disayangi. Ibu yang dikasihi pun terpisah sementara kerana mendapat jemputan-Nya.

image

Semua adik-beradik berkumpul di KLIA untuk menghantar mama. Perasaan bercampur-baur. Aku menangis melepaskan mama petang itu. Aku takut itulah maaf yang terakhir aku minta daripada dia. Aku takut aku tak akan jumpa mama lagi. Hadi banyak tenangkankan perasaan aku. Dia cakap aku sepatutnya gembira sebab mama berpeluang menjejakkan kaki ke Mekah.

Entahlah…macam aku cakap perasaan aku bercampur-baur.

Aku doakan mama diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana. Aku mohon mama doakan aku agar berjaya habiskan buat PhD dan agar Eskandar lekas bercakap. Tapi dalam hati aku berharap aku mendapat jemputan ke sana juga…

Mama…i love you so much!
image

Posted from WordPress for Android

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *