SELAMAT MENUNAIKAN UMRAH, MAMA…

 

Khamis ini mama akan menunaikan umrah. Jadi Sabtu lalu telah diadakan majlis doa selamat untuk dia dikediaman kami di Taman Permata. Sesi pagi dihadiri oleh ibu-ibu tunggal dan jiran terdekat manakala petangnya dikhususkan untuk anak-beranak dan saudara mara. Disebabkan aku ketika itu berada di Cherating, maka aku tiba sedikit lambat, sekitar 2:00 petang.

Alhamdulillah…walaupun tidak semua adik-beradik mama hadir, yang ada cukup untuk menjadikan majlis itu lancar. Mama nampak terharu dan gembira dengan kehadiran mereka.

Aku? Biasa sahaja…

Ada yang bertahun-tahun aku tak jumpa. Adakala kita kena korbankan apa yang kita rasa demi orang lain. Jadi aku steady ajelah hari itu.

 

Aku sendiri surprised aku boleh bersembang dan bertenang dengan tetamu yang ada. Masa memang merubah manusia, right.

Usai bacaan doa selamat, mama buat ucapan untuk semua. Aku terdiam bila dia sebut hajat dia di tanah suci. Kalau ikutkan, semua orang ada keinginan di sana. Aku cuma harap akan jumpa mama lagi. Bila Paksu dan Maksu minta aku cakap dengan mama tentang hajat dia, aku hanya boleh cakap itu permintaan dia. Allah SWT jualah yang berkuasa.

Apapun jika berkesempatan, mohon mama doakan untuk anak-anak Benny dan cucu-cucu yang lain. Benny tahu harapan mama di sana tapi apapun Benny harap kita akan bertemu kembali.┬áI love you so much…maafkan atas semua perlakuan yang mengguris hati, halalkan makan minum dan tenaga yang mama beri untuk kami 5 beradik. Atas semua pengorbanan Mama, Allah SWT shja yang akan membalasnya dengan semulia-mulia balasan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *