Selamat Hari Lahir Anak Khairi!

Inilah berlima Ramadan yang sebenar-benarnya...
Inilah berlima Ramadan yang sebenar-benarnya…

Dalam keluarga aku, ada 4 anak-anak Julai. Bermula dengan Eskandar Dzulkarnain yang lahir pada 7 Julai, diikuti Ameera pada 13 Julai sementara Hadi dan Aisyah berkongsi tarikh 14 Julai. Kalau Cahaya Balqis masih ada, dia pun tergolong baby July juga iaitu pada 5 Julai, beza dua hari sahaja dengan Eskandar.

Awal sambutan hari raya yang lalu, kami sendiri pun belum berjumpa sesama sendiri. Adik-beradik yang perempuan ni takde masalah sangat nak berjumpa. Mereka pun beraya di rumah aku di Melaka. Cuma adik aku yang lelaki tu susah sikit nak jumpa. Maklumlah semua orang sibuk cari dia, dari sebesar-besar ahli politik sampailah artis-artis semua tuju dia aje untuk mendapat khidmat nasihat. Nak buat parti pun tanya dia jugak. Nasib tak tanya aku….

Jadi apabila ada yang sudi menguruskan perjumpaan adik-beradik merangkap meraikan hari lahir diorang, aku follow aje tanpa banyak hal. Kami semua berkumpul di Island BBQ Steamboat yang terletak di Kg. Melayu Subang. Itu kira first time aku ke sana. Harganya sangat berbaloi. Sedap tak sedap itu subjektif, tapi nasi lemak memang sedap sangat rasanya sebab kebetulan aku tengah lapar menggila. Membawa 2 budak yang makin melasak ke tempat macam tu agak menduga iman aku dan Hadi sebenarnya.

13732048_1237183156325766_6244807792018104527_o

Makan pun terpaksa bergilir-gilir. Aku makan dulu, sementara Hadi layan anak dalam kereta. Masa nak makan-makan ini pulaklah nak bergosip kisah-kisah keluarga. Aku langsunglah tak boleh nak fokus. Yang aku dapat-dapat tangkap lebih kurang macam ada orang sudah kena balasan tuhan. Macam itulah lebih kurang. Lepas itu, aku bergilir menjaga anak sementara Hadi pulak pergi makan.

Lepas dia dah makan, aku pulak pergi makan second round dan kami semua ambil gambarlah seadanya. Anak-anak dan suami aku sendiri tak dapat join sebab anak-anak sudah mula mengantuk dalam kereta. Sambung gosip lagi. Tapi sebab aku sudah ketinggalan keretapi, aku dengar ajelah kot-kot faham.

Apapun, ia adalah satu malam yang sangat best buat aku dan adik-adik yang lain. Best sebab dapat berjumpa dalam suasana macam tu dan makan percuma. Terima kasihlah kepada yang open table bersama pasangannya. Semoga diberikan rezeki yang berlipat kali ganda di masa hadapan. Lama juga kami tak berkumpul bersama-sama. Ingat lagi dahulu zaman bercuti di Mercu, Cherating setiap kali hari raya…masih juga keluarga adik lelaki itu tidak pernah join sama. Dan penyebab setiap kali hari raya kami bercuti itu jugalah yang disembangkan.

13691056_1237183182992430_8436817389665742885_o

13698111_1237182792992469_4327514012972854113_o

Selamat Hari Lahir buat Eskandar, Ameera, Aishah dan Hadi…

Sehingga catatan ini, belum ada lagi sambutan yang proper untuk Hadi sempena hari lahir dia. Takpelah..perlahan-lahan aku buat juga nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *