Selamat Hari Ibu…

image

Jujur aku tidak peduli jika ada pendapat mengatakan haram-dosa-syirik bagai menyambut hari ibu. Ini kerana pada aku hari-hari adalah hari ibu,bapa,guru,jururawat,bomba,polis hatta kastam sekalipun. Rasa cinta harus diraikan hari-hari dan bersifat lestari. Semalam lagi aku sudah balik jumpa mama untuk ucapkan selamat hari ibu padanya. Mama agak sibuk semalam dengan aktiviti komuniti di SK Hulu Kelang dan kelas mengaji sebelumnya. Bagaimanapun, sempat dia balik sekejap dan bersembang dengan aku,kakak dan Ameera. Tahun ini aku langsung tak sempat belikan mama hadiah. Aku juga tak sempat masak apa-apa untuk beri mama makan. Sebaliknya aku pula merayu kasihan mohon mama masakkan laksa dia yang super lazat itu. Mama seperti biasa,eh..tak payahlah susah-susah Benny. Aku rasa berita gembira berganda bulan ini sudah cukup membuatkan dia rasa gembira. Mula-mula Ameera dpt tempat di UiTM, kemudian berita bakal mendapat cucu ke 8. Aku tak tahu perasaan seorang ibu itu macam mana. Ia masih aneh dan aku kunyah semua ini dengan sopan dan bertatasusila. Cuma bila Hadi ucap Selamat Hari Ibu dan kucup dahi aku, itu satu permulaan dunia aku bakal berubah – dan aku sukakannya. Untuk mama,ibu mertuaku,semua ibu dan bakal ibu, dengan rendah hati aku ucapkan Selamat Hari Ibu.. P/s: seorang kawan aku post dlm FB,anaknya membuat kad ucapan.tapi bukan selamat hari ibu,ia jadi selamat hari ubi…hahaha,sangat manis. Anak kecil itu begitu bersungguh menyiapkan kad utk ibunya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *