Selamat Hari Bapa…

bapa 1

Itulah dianya…Macam tora, setahun sekali datang lagi. Selamat Hari Bapa buat Hadi Hamzah. Semoga tetaplah menjadi bapa yang baik kepada anak-anak kita.

Menguruskan dua anak lelaki dalam keadaan umur selang setahun ni sememangnya sangat mencabar dan menduga. Terima kasih kerana tidak berkira kudrat dengan bini awak.

Dia suami yang baik…rajin mandikan anak, buatkan susu dan mencuci hasil mahsul pelaburan budak-budak yang boleh tahan baunya…Boleh pengsan kalau dibiarkan semalaman dalam rumah.  Pendek kata, semua kerja rumah bukan terletak dibahu aku semata. Dia turut bantu dan aku sangat hargai itu.

bapa 2

Cuma makan sahaja aku tak benarkan dia buat. Sekali-sekala dia masak memang sedap. Tapi bila datang jus kreatif dia,  takut pulak aku tengok menu yang dihidangkan. Selepas edisi hirisan sosej berenang-renang bersama-sama sayur kangkung dalam kuali yang membuatkan aku seram nak makan, urusan masak memasak biarlah aku yang uruskan.

Semalam kononnya nak sambut Hari Bapa dengan makan sesuatu yang sedap di The Summit USJ. Nak makan sushi, hari dah pukul 8.30 malam. Terkejar-kejar  pula nanti. Nak makan mekdi, macam baru sahaja makan beberapa hari lepas. Johnny Steamboat pula bukan main ramai umat dalam tu. Sudahnya kami hanya tapau nasi goreng di Johnny untuk dibuat sahur. Celebrate sangat!

Nantilah kita raikan. Apapun saya nak awak tahu, hari hari adalah hari bapa, hari ibu, hari guru, hari lesbian, hari polis dan lain-lain. Kasih sayang dan cinta kena raikan hari-hari tanpa gagal. Saya dan anak-anak sayang awak selalu.

bapa 3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *