Selamat Datang Rejab!

rejab

Disetiap siri bercakap dengan diri sendiri dan siri berhubung dengan tuhan selalu aku titipkan, aku ingin memperbaiki diri mahu menjadi manusia yang lebih baik daripada semalam. Ia mencakupi lebih baik daripada dulu semalam, tahun sudah dan zaman kegelapan yang dahulu. Ringkasnya, kesalahan dahulu sama ada yang disengajakan atau tidak, disedari atau tidak aku sedaya mungkin cuba untuk membersihkannya. Perlahan tapi pasti. Ini termasuk dosa pada diri sendiri, pada suami, pada keluarga, pada rakan-rakan dan entiti-entiti lain.

Aku punya senarai hutang-piutang yang mahu diselesaikan, senarai zakat tertunggak yang perlahan-lahan cuba dilangsaikan dan senarai komitmen-komitmen jariah lain yang sebaik mungkin cuba aku laksanakan. Sungguhpun itu semua tidak menjanjikan dosa-dosa semunya terhapus seperti bayi yang baharu lahir memadailah ia berkurangan sebelum aku mengheretnya sama ke dunia lain.

Maka dengan itu Rejab ini permulaannya indah…
Aku menjadi manusia yang mencuba untuk menelusuri hebatnya kehadiran bulan ini yang kehadirannya tidaklah dicanang hebat seperti Ramadan mahupun Syawal.

Aku melakukannya berdikit-dikit…aku mulakan dengan membaca.
Kemudian aku berpuasa..

Insyaallah aku memasang impian untuk melakukan umrah pada bulan Rejab nanti. Tahunnya berapa masih menjadi tanda tanya.. Semoga tuhan memperkenankan dan menjemput aku ke sana…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *