Selamat bersara Puan Norliza Ali…

 

Beliau adalah bos aku yang pertama iaitu semasa aku mula berkhidmat di RTM pada tahun 2004 di Unit Hal Ehwal Awam sebagai Artis Berjadual Gred B27. First impression, macam garang aje bos ni…tapi tidaklah garang sangat. Menggerun dan mengundang cuak sikit sebab suara beliau yang memang agak besar dan kasar adakalanya menyebabkan kita salah tafsir.

Tidak lama aku menjadi penolong penerbit, beliau memberi kepercayaan kepada aku untuk menjadi penerbit walaupun bukan Gred 41. Beliau memang jenis tak peduli. Kalau boleh buat, buat aje tak kisahlah pangkat kau apa.

Masa sibuk-sibuk urusan temuduga untuk jawatan penerbit rancangan, beliau panggil aku masuk bilik. Ingatkan nak tanya apa. Beliau tanya masa temuduga tu aku pakai baju kurung ke tidak? Eh, eh soalan…lain maciam. Oh, siapa yang kenal aku era 2004-2005 memang maklum sangat gaya pemakaian aku ke pejabat macam mana. Beliau risau aku selambadak pakai pakaian yang tidak sesuai untuk sesi temuduga itu.

Nasib aku baik…dapat kerja tetap dan ditempatkan dalam Unit Hal Ehwal Awam TV juga. Di sinilah kelas aku belajar ilmu penerbitan. Puan Norliza juga beri kepercayaan kepada aku untuk menerbitkan rancangan bual bicara tajaan Avon. Post mortem untuk first episod, memang teruk aku kena lanyak. Beliau banyak beri teguran dan lama-lama tu aku dapat momentum seperti yang diharapkan. Aku juga diberi peluang menjadi penerbit untuk pembentangan bajet versi Inggeris, mewakili RTM untuk ABU Items Exchange di Beijing dan menerbitkan dokudrama MoU bersama RTB. Beliau banyak bagi peluang kepada penerbit-penerbit muda asalkan kita boleh buat seperti apa yang diharapkan.

Selepas balik dari membuat masterji, aku ditempatkan di Unit Kandungan Kreatif dan menguruskan Pentadbiran dan Kewangan. Di sini aku sentiasa berurusan dengan beliau. Nak baki bajet ABM la, Pembangunan la, data ini, data itu, excel style menegak menaik dan renyah-renyah lain. Setiap permintaan itu memerlukan masa untuk disediakan dan bila beliau keluar SOT “akupun boleh buat..” haaaaaih….tak semudah petik jari bossss…

Bila aku ditempatkan di Unit Promosi dan Kreatif, lebih keraplah berurusan dengan beliau. Aku ingat dengan jelas lagi. Seminggu pertama aku dimasukkan dalam What’s App group MPTV, akulah kerap kena petik. Baini promo ini dah siap ke? Promo itu? Promo sukan? dan lain-lain soalan. Beliau pulak kalau nak bertanya soalan bukan kira waktu imsak ke, syuruk ke, atau waktu nak mendodoi anak. Mujurlah aku sentiasa pegang handphone dan setiap soalan beliau mampu aku balas dengan pantas. Hmmm….lepas ni takde lagi dah text Assalam Puan Baini….Baini promo dah ingest ke…Baini buat ucapan tahniah segera dll…

Kalau mesyuarat dipengerusikan oleh beliau, memang standby la. Over run memanjang. Aku memang selalu mencelah untuk berhenti rehat sebentar. Habis segala nama aku petik.
“Bos, Puan Syazariah lapar…Azman lapar…selalunya beliau akan stop sekejap. Tapi kalau misi itu gagal, maknanya ada sesuatu yang serius telah terjadi.

Aku ingat lagi, aku dan Kak Ayu berdekah gelak bila bos tanya yang mana muncul dulu bulan atau matahari? Lepas tu beliau lanjutkan dengan teori sendiri. Paling tak menahan bila dia cakap “itu akupun boleh buat…” Republik Lembu….haih, banyak gile catch phrase beliau yang boleh buat perut aku cramp dalam bilik mesyuarat. Bila ingat Puan Norliza, semua akan ingat bila dia cakap “dia giniiii….

Selamat bersara boss…terima kasih atas segala-galanya. Nak cakap tadi tak terkeluar semua. Asal nak cakap mesti nangis. Saya akan rindukan semua ini dan tetaplah menjadi kenangan yang indah dalam diari hidup kita…
#apabilakakbennymenulis
#selamatbersara
#diaginiii

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *