Seksyen Ehwal Semasa TV RTM : Dekat Tapi Jauh

Kek..
Usai jamuan perpisahan untuk Tuan Haji Khairuddin Che Long atau lebih dikenali dengan nama KCL. KCL ialah bos kedua aku di Seksyen Ehwal Semasa (SES) selepas En. Hadi. Panjang kisah aku dengan KCL untuk dicatatkan di sini. Siapa yang maklum, maklum sajalah. Selamat bersara untuk beliau dan kami menanti bos baru dengan perasaan biasa-biasa saja.Sebab apa…..SES tempat yang sangat sibuk. Kalau penerbit ditukar ke SES, seboleh-boleh mereka nak pindah ke unit lain. Aku boleh simpulkan orang yang takde kehidupan dan pandai urus kehidupan aje yang mampu bertahan di sini. Tu sebab majoriti yang ada di unit ini vokalnya lantang-lantang belaka, jalan macam lipas kudung dan macam biskut kejap ada kejap takde.

Sebab itu juga, kami semua susah amat nak berjumpa kenal mesra sesama sendiri. Ya aku kenal penerbit program itu dan ini. Ya kita lepak kantin atau menyembur nyamuk sekali sekala. Paling cemerlang 10 minit lepas tu tak jumpa lagi dah.

Jadi kehadiran bos baru adalah perkara yang lumrah. Kalau bos itu dapat menyelesaikan masalah, itu bonus dan rahmat bagi kami. Kalau sebaliknya – kerja tetap menimbun macam itu juga, hidup kena terus dan aku tetap komited dengan kerja yang diberi.

Jadi peluang berkumpul meraikan Tuan Haji KCL dan mendoakan krew Salam Baitullah adalah bonus berganda buat aku secara peribadi. Tadi buat pertama kalinya aku lihat muka warga SES tanpa rasa tension melampau…Bergelak ketawa sambil makan-makan dan menyakat KCL dan Sue Aryanie. ‘Catching things up’ sesama sendiri…berebut nak ambil nasi tapi masih sempat bergurau.

Hampir 2 tahun, barulah aku rasa – oh, besar rupanya keluarga aku di RTM nie. Tolak Kak Olyn, bole dikatakan semua pengacara pernah berkerja dengan aku. Tapi kami mesra sebab setiap kali dia buat Bisnes Malaysia, kami akan menyakat sesama sendiri. Paling tidak bertanyakan Farmville yang masa itu begitu hebat penangannya. Sejak ditempatkan di Rumah Eksekutif dan tidak menerbitkan SPM, pengacara-pengacara lain tu berapa sen sangatlah hubungan aku dengan mereka.

Antara Pengacara Yang Hadir

Begitu jugak dengan penerbit, AP dan SA yang lain. Seksyen kita sangat besar sampai ada 4 pejabat berbeza. Lagilah payah jumpa, payah nak kenal dan komunikasi terbatas. Kita dekat…dalam jajahan RTM tapi jauh segala-galanya.


Untuk itu aku sangat berterima kasih pada Kak Iza dan Shuhaimi atas kejayaan acara tadi. Abaikanlah perasaan yang tak indah itu dan ingatlah gelak tawa yang tercipta tadi walaupun sekejap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *