Sehari Selepas Pelaksanaan GST

MjAxMy1mZTU5NGM5ZDEwYzRlNTQzSemalam penuh di timeline apa juga landasan media sosial dengan gambar-gambar resit dan rungutan¬† mereka yang dikenakan cas GST. Aku hanya nge’like’ mana yang logik, relevan, kelakar dan setuju. Yang memandai-mandai exejeret tu aku lalu-lalukan aje. Kang kata bodoh, dosa. Nak kata tak bodoh pandai baca. Masalahnya yang kau baca apa yang penulis tu ‘rasa dia faham aje’. Soh baca daripada sumber yang soheh terus kepala otak tu serabut macam esok kena test hafazan.

Disebabkan aku makan di Bellamy tengah hari semalam, aku takde resit rasmi. Makcik tu pun tak cas GST. Giler mendenya nak cas. Bil anggaran pun pakat-pakat koyak buku latihan anak yang lama-lama atau resaikel aje kertas-kertas yang ada. Mahal gak kena semalam…dekat RM 75! Makanan yang bakal jadi darah daging kalau banyak sangat tomakninah duniawi tak berkat dan halal rezeki tu dibuatnya. Abis kalau sotong bakar dah besar lengan harap kena cas RM 4.30 memang dasar tak logik ya amat.

Kalau kita nak cerita pasal cukai, cekik darah, rambut kak Rossi dan kambing gurun aqiqah memang tak boleh tidak kita akan rasa marah dan berkecil hati. Satu kerana kuasa pengguna yakni duit ringgit kita tak sama dengan pendapatan berkapita Jessica Alba sebulan. Justeru sebarang ketirisan duit koteh yang ada, dengan kenaikan harga barang yang tiba-tiba juara lompat tinggi tu menyebabkan darah pun naik tinggi. Sebagai manusia beragama, tidak kisahlah agama apa percaya ‘buat baik, balasannya baik dan buat jahat mendapat balasan yang jahat juga’. Name it..kisas ke karma ke pengertian lebih kurang sama.

Jadi beginilah..kalau peniaga tu mengambil kesempatan menaikkan harga barang, makanya memang ada ruang api neraka yang mereka tempah. Dan kita pun janganlah pasrah redha berserah tapi memekak-mekak di status Twitter, FB dsb akan ketidak adilan yang berlaku pada kita seperti Mak Sudin yang terjerit-jerit tak tentu hala lagaknya. Kita teraniaya kot…laporkan pada pihak berkuasa. Tuhan pun tahu kita kena aniaya. Bukankah doa orang yang teraniaya itu makbul? Kalau 10 orang yang kena tindas dengan satu peniaga yang sama pakat memviralkan salah laku peniaga tadi, silap-silap semua peniaga jatuh panik dan lebih jujur dan telus dalam berurus niaga. Kita pengguna kan….Tunjukkan kuasa anda.

Jadi petang itu, aku ke Shah Alam dengan menggunakan perkhidmatan komuter. Memang konfiden gaban tambang tidak naik. Terus aku ke kaunter, menghulurkan nota RM 5 yang baharu kepada petugas di kaunter. Niel nama beliau…segak tampan berbaju seragam berwarna putih.

“Assalammualaikum…Padang Jawa sehala..”

Dia menyambut nota dengan senyuman manis. Memberi tiket yang aku minta. Terima kasih, katanya. Ini yang pertama datang ke kaunter terus hulur duit tak tanya pasal cas GST.

Dia masih tersenyum. Aku tak boleh nampak ikhlas atau tidak hanya menerusi senyuman. Tapi jelas aku boleh baca – dia melalui hari yang panjang menjawab pasal tambang dan GST, yang kalau ikut logik pengguna tu boleh gugel aje dengan telefon pintar masing-masing. Ini tidak…Kendi Kerash yang kau pangkah dan WA dengan emoticon yg kononnya kiut.

Aku pun tak handal pasal akta dan percukaian bagai-bagai ni. Paling minima aku boleh buat dapatkan maklumat sahih dulu. Oh lagi satu, pakat2 share catatan entah siapa2 yang menentang GST, dan keterangan fakta penulis asal tu pun tak betul dah kira macam menyebar fitnah juga…Terutama perbandingan lobster orang kaya dengan tin sardin orang miskin (apa korang ingat diorang takde keinginan makan sardin jugak ke seperti mana kau teringin nak makan lobster?) Ikan sardin dalam tin – sudah proses – kena GST. Lobster beli, tak proses, masak sendiri atau orang gaji Mak Mah masak tak kena GST. Tapi memanglah lobster tu mahal. Macam rege sup sirip yu dengan sup ayam tak sama jon. Kalau lobster tu dia makan kat restoran 19 bintang, hatta sardin sekalipun dua-dua tetap kena cukai. Janganlah buat ayat lobster orang kaya, ikan sardin orang miskin. Jangan benci orang sebab dia kaya dan mampu dan jangan hina orang sebab dia miskin, tak mampu tapi hensem. Panas terik api neraka tu singgah jugak membakar pipi mulusmu.

Pastikan fakta, baru share. Pastikan sahih, baru komen. Pesen ‘Aku share aje’ suka-suki tanpa rasa tanggungjawab ni kau nak buktikan apa sebenarnya? Pertama di lokasi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *