Sehari Di Kuching

Aku ke sana utk tinjauan lokasi untuk satu program yang bakal aku terbitkan. Bersama Farah dan Abang Raffei, 2 hari 1 malam di lalui dengan macam-macam cerita menjadi lipatan memori.

Flight awal pagi..Aku hampir kamjat apabila nak check in di KL Sental tiba-tiba minah yang jaga kaunter tu cakap dah close. Harap muka kau aje cantik tapi attitude dirimu memang sifar! Sepanjang 28 minit menaiki ERL aku berdoa semuanya berjalan lancar. Nasib baik dapat check in dengan mesin yang tak berapa mesra pelanggan tu…
Perjalanan mengambil masa sejam lebih…(lebih kurang) Perut yang kosong di isi dengan Roti Jala yang tak sedap langsung. Nasib aku dapat Pink Guava untuk menghilangkan dahaga. Dah sampai, kami bersembang dengan kepulan asap -Kuching hujan renyai-renyai, waktu yang indah untuk berasap!

Check in di Hotel Merlin. Ok la..dekat dengan kedai makan dan tak jauh dari shopping complex. Merayau ala kadar, makan macam tak ada hari esok dan merayau lagi. Sayangnya hujan masih tak berhenti dan hasrat ke Waterfront ditangguhkan.. Tak dapat beli apa-apa.. Cuma aku sempat membeli 5 buku motivasi untuk membina semula jiwa yang retak di mana-mana. Malamnya aku tidur bertemankan buku ‘Menguruskan Masa’ dan kepala otak menerawang memikirkan apa nak jadi dalam hidup aku selepas ini…

******

Pagi yang indah…Sampai jugak di Waterfront. Shopping yang amat meriah. Bukan kuih lapis, bukan Tabaloi apatah lagi terubuk masin. 12 ekor kura-kura pelbagai saiz dan warna untuk diri sendiri – hiasan di pejabat. Puas hati..meriah koleksi aku kali ini. Next time datang, aku pasti beli parang, sumpit dan hiasan dinding Pua Kumbu.

Meeting pun berjalan lancar, walaupun agak tergesa-gesa. Tak nak ulas banyak sebab agak sakit jiwa mengenangkannya. Kami di hantar ke airport dan sempat juga sedas-dua berasap di sana. Aku dah 3 kali ke Kuching, tapi kunjungan kali ini tidak begitu meninggalkan kesan. Kecuali kata-kata nasihat dari Abang Raffei yang akan aku pegang untuk memajukan diri..

Sabtu ini aku akan ke Miri bertemu Adaha. Aku nak berjalan puas-puas dan melupakan alam kerja untuk sementara. Dan aku berharap kawan-kawan di Brunei akan turun Miri untuk bertemu aku yang rindukan kalian…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *