Sehari di Kota Singa..

Aku tak pernah rasa mahu ke seberang tambak. Secara peribadi aku lebih suka untuk ke Thailand ataupun Brunei. Thailand sebab banyak makanan yang menarik di sana dan Brunei ramai rakan-rakan di sana. Kesempatan untuk melawat Universal Studio,Singapura aku gunakan sebagai salam kenal untuk persediaan aku ke sana di masa hadapan.

Jadi bila sebut di masa hadapan, makanya aku sudah memasang angan-angan ke sana lagi 🙂

Aku, Hadi dan Fariq ke sana setelah mendapat pakej yang munasabah ditawarkan oleh sebuah agensi pelancongan di JB. Ini kira pakej kawan – atas – kawan – atas – kawan. Pakej merangkumi penginapan di 2 malam di Hotel JB Sentral, tiket masuk ke USS dan sebuah MPV utk kegunaan sehari. Sejujurnya, aku tidak menggalakkan rakan-rakan untuk bermalam di sini. Harganya mengarut, tak sepadan dengan kondisi bilik dan pekerjanya tidak efisyen. Kami ambil 2 bilik dan masa seharian di Singapura, balik malamnya salah satu bilik telah dijual kepada orang lain – dalam keadaan masih ada beg pakaian di dalammya. Orang yang check in itu pun bengap juga kerana tidak rasa curiga ada beg pakaian orang lain. Mujur ada bilik lain sebagai ganti. Kalau tidak malam itu juga aku akan mengamuk di lobi hotel.

Glob Berputar USS
Berbalik pada cerita asal..lepas sarapan kami terus menuju ke destinasi utama – Universal Studio, Singapura. Punyalah ramai manusia…walaupun banyak barisan disediakan semuanya panjang-panjang belaka. Gigihlah kami bertiga beratur sambil memastikan barisan itu tidak dipotong. Malangnya bila sampai giliran kami untuk masuk tiket itu pulak salah tarikh. Aduhai…apalah malangnya nasib selalu sangat benda tak seronok jadi bila nak berseronok-seronok. Mujur tiket itu boleh ditukar dipejabat agen dan sekali lagi, selepas beratur panjang kami akhirnya berjaya masuk ke USS. Rasa nak sujud syukur pun ada sebab pemeriksaan keselamatan / tiket di sana sangat ketat.
Tengok peta dulu nak ke mana..

Kami masuk sekitar jam 10.00 pagi dan keluar jam 5.30 ptg. Percayalah, tak cukup masa sebenarnya 7 jam di sana. Tapi memandangkan orang sangat ramai, tak semua tarikan di dalam itu dapat dicuba. Cuaca pagi itu tidak begitu memberansangkan. Hujan turun agak lebat jadi kami mengambil keputusan untuk makan dahulu. Ini lagi satu hal..Kami lepak disebuah kedai era 80-an yang menjual makanan segera. Burger daging nampak sangat menyelerakan. Tapi sebab rasa was-was, aku hanya pesan kentang goreng dan gegelung bawang. Harganya boleh tahan mahal dan sebaik sahaja selesai doa makan baru nampak tanda halal! Hampeh betul…

Sepanjang jalan, anda boleh nampak pelbagai jenis karektor kartun, atau watak dari filem terbitan Universal Studio. Ada Woodywood Pecker jantan dan betina, Beatlejuice, Charlie Chaplin dan banyak lagi. Masalah pergi hari minggu ialah orang terlalu ramai. Aku sempat ambil dengan watak yang barisan menunggunya tak berapa panjang. Disebabkan aku bukannya kartuk geek, tak semua karetor itu aku kenal. Belasah aje..janji ada kenangan di sana.

Entahlah siapa ini orang..

Paling aku ingat ialah di kawasan Far Far Away, tempat Shrek. Aku mahu bergambar di jamban tempat Shrek melabur. Tak sangka pula ada speaker di situ yang akan berbunyi suara Shrek. Hampir tersungkur aku terkejut.. Sayangnya aku tak dapat lihat Shrek in 4D. Kena tambah lagi $40 kalau nak tengok. Memandangkan duit bawa tak banyak, aku lupakan ajelah hasrat itu.

Bilik Air Shrek..

USS ni ala-ala theme park yang banyak benda aku tak akan naik. Rollercoaster dan benda laju-laju tu memang tak masuk dalam senarai. Aku penakut, sekian. Kalau naik yang manja-manja ala-ala cruising tu takpe. Siapa yg gile benda-benda tu, sesuai sangatlah berlama-lama di sini.

Jam 5.30 ptg pilot datang menjemput kami dan kami dibawa meronda-ronda kawasan Kota Singa. Kebetulan mereka mengadakan raptai untuk sambutan kemerdekaan. Sempatlah kami melihat pertunjukan bunga api, formasi heli dan kawad. Kalau datang Kota Singa tak ambil gambar dengan singa maka tak lengkaplah sessi bergambar.

Mercu tanda Kota Singa

Sungguh, satu hari yang penuh dengan agenda. Sampai sakit-sakit badan dan kaki seharian berjalan di sini. Berbaloi duit yang mengalir di sana..Semoga ada rezeki kembali ke sana..Insyaallah.

Singapura waktu malam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

One thought on “Sehari di Kota Singa..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *