Scarlett Johansson Buat Aduan Pada FBI

Lain kali jangan gatal ambil gambar bogel..kalau Sarip Dol dia dah suruh mengadu dekat tok kadi. Ada reti?

***

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) – Bintang filem Lost In Translation, Scarlett Johansson membuat aduan kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat bagaimana gambar-gambar bogelnya digodam daripada telefon iPhone miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Foto-foto bogel tersebut yang dirakamkan sendiri oleh aktres berusia 26 tahun itu disiarkan di sebuah laman web pada Rabu lepas.

Jika gambar-gambar itu terbukti asli, aktres berkenaan mungkin merupakan mangsa sindiket menggodam telefon bimbit terkini yang dipercayai bertanggungjawab mencuri gambar dan rakaman video bogel daripada sekurang-kurangnya 50 selebriti wanita.

Sasaran lain sindiket tersebut termasuk aktres Jessica Alba, Vanessa Hudgens, Selena Gomez dan Miley Cyrus selain penyanyi Christina Aguilera. – Agensi (Diambil oleh aku dgn selamba dari Kosmo!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *