SAYA SUKA AWAK, TAPI SAYANG TU BELUM LAGI…

 

Berapa lamakah masa yang diambil untuk mengubah perasaan suka kepada rindu, rindu kepada kasih dan kasih kepada sayang? Betul….tak ada satu jawapan pun yang tepat. Kalau nasib baik, fast track – mungkin less than a week. Kalau species setia menanti mungkin makan masa bertahun-tahun.

Ini adalah sisi lain 14 Mac yang akan aku coretkan. Jangan risau, tidak berat sangat kisahnya. Tidak melibatkan air jus oren, kontrak kurang 10 juta dan kehadiran kekasih lama. Cerita kami belum menemui titik epik sebelum tibanya tarikh 14 Mac.

Flashback pun tak jauh…14 Februari 2000 sahaja, sebulan sebelum semuanya menjadi pasti. Sejak bertemu kali pertama pada 14 Februari, kami terus jadi belangkas. Boleh dikatakan hari-hari akan habiskan waktu bersama untuk mengenali diri masing-masing. Dating pun jalan kaki aje. Merasalah berjalan dari Seksyen 2 ke Seksyen 9 untuk cucuk duit RM50 aje pun buat belanja seminggu – dikongsi berdua, berkongsi Big Gulp setelah penat berjalan kaki dan rutin biasa – melepak di Tasik Shah Alam.

Belum seminggu mengenali dia, aku sudah tanyakan pelbagai soalan cepu emas, perak, gangsa dan soalan-soalan yang berpotensi buat lelaki merengsa. Tapi tuan tabib steady…dia jawab aje walaupun selalunya jawapan dia tu buat aku terhiris macam dengar Zed Zaidi nyanyi lagu Sembilu Kasih.

Dating official kami adalah di KLCC. Aku tak ingat tarikhnya bila. Filem pertama yang kami tonton bersama pun sangatlah romantik iaitu The Blair Witch Project. Romantikkan..kan…kan? Langsung tak! Aku ingat gelap macam dalam hutan dan air hingus menjejes aje. Kemudian kami makan di Burger King (BK KLCC dah tutup) dan kebetulan ada paper bag Padini tersadai di situ. Hampir sejam kami tunggu kot-kot ada sesiapa mencari beg itu.
“Disebabkan takde siapa claim beg ni, i hadiahkan apa juga yang ada dalam beg ini kepada yu,” tersengih-sengih Hadi menyusun ayat. Mujurlah yang ada dalam beg itu 2 helai t-shirt ladies saiz aku. Kebetulan sangat…

Selepas seminggu, aku tanya lagi soalan yang aku suka tanya, tapi dia tak suka jawab.
Me: Yu sayang ai, tak?
Him: (ambil masa utk jawab..) Sayang tu tak..tapi selesa tu ada.
Me: Suka pun takde?
Him: Sukalah….sikit.
(Masa ni boleh up lagu Sembilu Kasih tang korus tu…)
Me: Ada tak sesiapa budak info lain yang you suka?
Him: Hesh, soalan apa ni?…takde
Me: Budak law?
Him: I tak kenal yang perempuan, lelaki ramailah.
Me: Masscomm???
Him: Adalah suka seorang dua. Suka tak bermakna sayang…
Haruslah dia menambah bila muka aku sudah mula berubah. Wait for it…
Me: Siapa???
Him: Takde siapa…oh, jealousĀ ?

Of course…aku tak nampak faedah ke hulu ke hilir dengan dia kalau semua ini takde masa depan. So kalau ada, takpelah aku tarik diri. Dah biasa kot…

Maksimum aku tanya soalan pelik-pelik ialah 3 kali aje. Lepas jumlah itu, aku takkan tanya lagi dah. Hubungan kami berjalan dengan lancar.

Berbalik kepada soalan di atas, berapa lama? Well, tuan tabib ambil masa 30 hari, atau mungkin kurang dari itu. Tapi dia pilih untuk beritahu aku pada 14 Mac sebab aku selalu cerita dia aku suka pada nombor yang cantik.

Officially, 19 years together…Hampir separuh usia kita berdua, kita habiskan bersama-sama.

Semua sudah
Suka pun sudah
Sayang pun sudah
Kasih pun sudah
Rindu pun sudah

Masih dalam ilusi remaja 19 tahun yang percaya pada keajaiban cinta, aku harap magisnya hubungan ini akan bertahan selamanya. Alhadihamzah, me love you long time…

#abbyhadi
#forevermeansforever

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *