Satu Hari Di Telok Intan..

Kena ambil dari jauh baru nampak condong..
Akhirnya…setelah lama berura-ura nak pergi ke Telok Intan melihat sendiri Menara Condong sudahnya aku sampai juga. Bukannya tak mahu ke sana lebih awal. Tapi aku rasa Taiping dan Penang lebih menarik untuk menghabiskan hujung minggu. Menelefon Azlan, rakan aku sekelas jurusan Penyiaran di UiTM Shah Alam mengubah agenda hujung minggu aku. Secara tiba-tiba, bila Hadi celik mata terus dia ajak aku ke sana. Akupun dengan penuh rasa excited dan separa gedik terus setuju..
Jauh rupanya Telok Intan dari Lebuhraya PLUS. Sepatutnya aku ikut gerak hati ikut jalan lama. Tapi sebab gerak pun dah lewat, ingatkan ikut highway cepatlah sampai Rupanya sendu…..Yang penting kami selamat sampai dan selamat bergambar ria..
Lagak Otromen tak jadi..

Telok Intan pekan yang klasik…sungguh! Klasik dari segi bangunan yang ada dan juga suasananya yang aman damai. Rasanya aku boleh bermastautin di pekan ini tanpa rasa sangsi langsung. Makanannya pun not bad..walaupun takde signature macam Mee Udang yang terkenal di Taiping tu..
Apapun, yang wajibnya di Telok Intan itu ialah melawat Azlan dan ayahnya. Tapi sebab akupun datang main redah aje dan Azlan pun tak jawab telefon, maka yang sunat itu aku buat dahulu. Ya…berjengga-jengga di Menara Condong dan menjadi model sambilan seperti Kartika Sari 🙂 Apapun, misi menziarah berjaya dan aku sama Hadi ingin sekali lagi datang dan menziarah beliau jika ada kelapangan. Apapun Azlan..terima kasih banyak-banyak atas kesudian menerima tetamu yang tak diundang ni…

Azlan, Pakcik Zanuddin, aku dan Hadi
Itu adalah hujung minggu yang bererti buat aku. Dan kerana Hadi telah mengatakan hari Ahad adalah hari keluarga, aku ingin mencadangkan hari keluarga itu dipanjangkan kepada Sabtu dan Ahad…Boleh?! he..he..he…
Dan list aku akan datang ialah menjelajah Gua Tempurung, Gua Kelam, Pulau Pangkor dan kawasan bersejarah lain seperti Taiping dan Batu Gajah…Batu Gajah?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 thoughts on “Satu Hari Di Telok Intan..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *