Sangat Flat Badanku Ini.

Dah 2 malam tidur bertilamkan simen hospital, hari ini aku tiba-tiba tak sedap badan. Demam kura-kura datang menyerang..Aku langsung tak datang pejabat dan meninggalkan pesanan pada AP tersayang kalau ada orang cari call atau sms saja. Malam nie aku tak dapat teman sahabat di hospital..Buatnya berjangkit demam nie lagi lama member tu kena tahan..

Pengejar Masa pun tak sihat juga…Baguslah tu. Sama-sama pembawa penyakit. Sudahnya aku ajak dia bershopping kat Jaya Jusco Wangsa Maju. Aku nak beli pakaian untuk bercuti – untuk aku dan dia sekali. Sebelum itu, singgah umah mama dulu dan heret ahli keluarga yang ada..he..he…he..

Aku dan PM membawa haluan sendiri. Mama, Aisyah dan Ameera meronda-ronda sekitar JJ.Sempat aku minta mama pilih hadiah apa yang dia nak. Aku dah tak reti nak beli hadiah apa untuk mama..

Aku dan PM shopping di F.O.S dan apa yang kami beli memanglah berdentang harganya. Setahun tak sekali…Pejam mata aje la..Mama pula minta sebuah beg tangan. Ok, semua happy dapat apa yang dihajati. Dan badan aku semakin lesu tak tahu kenapa. Maybe penat berjaga malam masih belum hilang..

Hampir pasti….Aku dah booking bilik hotel di Langkasuka Beach Resort. Terima kasih pada Zafrina atas link address yang diberi. Memang best deal…murah giler dan berbaloi. Maka betullah kata-kata yang cakap booking online lagi murah daripada walk in…

So, esok siaran – malam balik packing – rehat dan tidur – Sabtu babai KL…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Sangat Flat Badanku Ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *