Sang Kembar : Selamat Hari Lahir..

22 Disember saban tahun tetap aku ingat..Pertamanya ia hari lahir sahabat baik aku, Zafrina Abd. Rahman. Tarikh yang sama, keluarga kecil kami menerima ahli baru-sepasang kembar perempuan yang sangat comel tahun 2009 yang lalu..Anak kakak 4 orang semuanya lelaki. Jadi bila adik ipar aku melahirkan bayi perempuan, kadar eksaitednya subhanallah, sukar dijelaskan dengan kata-kata. Kami semua menerimanya dengan perasaan gembira melampau!

Aku ingat lagi, masa kembar dilahirkan semua orang sibuk nak berikan nama pada pasangan ini. Masih teringat saudara Wani, adik ipar aku mencadangkan nama Izwana/Izwani sebab nama adik ipar aku Wani. Aku dan kakak hanya mendengar dengan perasaan panas hati..Biarlah mak bapak diorang yang tentukan. Kenapa orang lain pula mahu memberi nama. Tapi biasalah…bila lahir anak kembar semua orang dilanda perasaan seronok ya amat. Mama lebih gembira. Tok mama dapat cucu perempuan, kembar pulak tu. Dalam sejarah keturunan  Sulaiman Syariff, inilah bayi kembar pertama dan ia tercatat dalam epilog keluarga.

Ingat lagi antara post Ali Hanaafi dalam Facebook.. Apa nak dinamakan anak kembar ini? Macam-macam cadangan keluar. Antaranya Obama Obami, Uruguay Paraguay dan lain-lain yang membuatkan aku lucu sendiri membacanya. Akhirnya, nama pun diberi. Kakak bernama Ellisya Putri Izzati dan adik pula Elleeya Putri Adelina. Jadi kakak dipanggil Lisya dan adik dipanggil Leeya. Tapi sebab seiras dan sampai sekarang sukar aku bezakan yang mana, kami panggil kakak dan adik saja.

Kakak dan adik tak mesra dengan aku langsung… Iya, sangat sedih tapi bukan salah mereka pun. Aku jarang ada dengan mereka dan mereka hanya kenal aku melalui gambar konvokesyen yang tergantung di dinding rumah. Bila aku balik, mereka jual mahal giler dan bila aku dah nak balik rumah aku, barulah macam mula nak mesra. Tapi apapun mak ngah tetap sayang korang..Mak ngah sayang semua sekali termasuk 4 putera kakak yang sentiasa buat mak ngah senyum sendiri.

Kehidupan tanpa anak sendiri susah untuk aku nyatakan. Bukan kami pinta tidak bercahayamata tapi rezeki belum ada. Keadaan kesihatan aku sendiri seakan menyebabkan semuanya kelabu. Tapi aku percaya rezeki Tuhan. Mula tahun depan, keluar masuk hospital akan jadi rutin dan mana tahu ada rezeki cara lain mak ngah sendiri keluarkan triplet untuk semua. Doakan saja yang terbaik untuk aku dan Hadi dan semoga 3 bulan ini tidak ada berita buruk yang diterima.

Jadi, kakak dan adik…bila kakak dan adik dah besar dan dah pandai baca, catatan mak ngah untuk kalian ini sangat jujur. Mak ngah memang sayangkan kalian sesungguhnya. Walaupun kita jarang berjumpa, dalam hati kalian pasti tahu mak ngah selalu ingat pada kalian. Kakak dan adik adalah cahaya dalam keluarga kami dan kalian pengikat kasih sayang di antara ahli keluarga kita. Mak ngah sayang kalian… 🙂

p/s: Wani mengandung…semoga kembar lelaki pula. Amin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

4 thoughts on “Sang Kembar : Selamat Hari Lahir..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *