Sambal Sotong Biadap!

 

Kebiasaannya aku bersarapan awal. 7:30 pg sudah tercongok di kentin ditemani satu roti canai berkuah kari dan neskepe panas gelas besar. Namun sesuatu terjadi pada pengurusan kentin yang menyaksikan adik yang menebar roti itu berhenti kerja. Lebih sedih, dengan roti canai sekali terkeluar dari menu kesebelasan utama.

Hidup kena terus. Aku mencari menu pengganti roti canai. Aku bersahabat dengan nasi impit, kuah kacang dan sambal sotong. Siapa yg pernah rasa kombinasi berbisa ini pasti percaya betapa biadapnya rasa makanan ini. Sedap giler melambung. Hari-hari terasa seperti hari raya.

Akhir-akhir ini, sambal sotong asyik keluar lambat. Dulu paling cikai 7:40 pagi sudah tersedia diruang sajian. Paling aku tak boleh belah, sudah beberapa hari menu ni 8:30 pagi tak muncul-muncul. Awak dah la banyak miting pukul 9:00 pagi. Mana mungkin aku berlama-lama di kentin.

Masalah sambal sotong tak muncul-muncul awal memang meresahkan aku. Kebetulan cef sembang menunjukkan muka, teruslah aku tanyakan manakah menu lazat ini? Tak masakkah?
“Menu wajib ini ada, cuma lambat. Kalau nak, adalah sikit baki semalam lepaslah seorang makan.”

Laju aku cakap nak. 5 minit kemudian cef sendukkan aku saki-baki sambal sotong. Adalah beberapa kerat sotong didalamnya tetapi tidaklah lumayan. Agak sedih bila aku kena cas RM5 utk sarapan dalam keadaan antara sotong yg tak banyak tu ada asam keping yang menyamar sebagai sotong.

Jadi pagi tadi aku lambat sikit ke kentin. 8:00 pagi aku terpacul di situ dan seperti selalu, sambal ini belum siap. Sejenis mencari kebenaran aku pagi itu dengan menyerbu cef di ruang dapur kentin. Dah macam Edisi Siasat hahaha…
Cef, sambal sotong ada tak?
“Ai, asyik mintak sambal sotong aje. Mengidam ke?” Dia kemudian menyakat aku dengan beberapa ayat lain yang mengaitkan keinginan aku itu disebabkan aku tengah berbadan dua”.

Ai is senyum aje. Mengiya pun tidak, menidakkan pun tidak. Kalau itu boleh menyumbang kemunculan awal sambal sotong setiap pagi, aku andalkan itulah sumbangan aku kepada masyarakat yang setia bersarapan pagi di kentin tanpa sumbangan itu boleh dimasukkan dalam LNPT.

Cef minta 20-30 minit untuk masak. Hmmm…aku sudahlah tak makan dari tengah hari semalam. Setakat tunggu 30 minit boleh lagi kot.

Akhirnya sambal sotong muncul seperti mentari muncul lagi. Aku cedok dengan penuh berhemah. Mujurlah nasi impit masih ada sedikit dan kuah kacang dapatlah sesenduk. RM6.00 aku kena. Lantakkan sebab konfem asam keping yang menyamar jadi sotong takde dalam pinggan tu…!

#apabilakakbennymenulis
#siribercakapdengancefsembang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *