Saman Jiran Suka Bawa Mulut?

Aku membayangkan kalau kes sebegini menang dimahkamah, makanya akan banyak lagi kes-kes yang serupa akan menyusul. Bukan mudah untuk menutup mulut tempayan..mungkin dengan notis mahkamah akan berjaya.

 

Sumber : Utusan Online

Wanita buat laporan polis dakwa jiran suka ‘bawa mulut’

ALOR GAJAH 22 Ogos – Akibat tidak tahan dengan sikap jirannya yang didakwa sering mereka-reka cerita buruk keluarganya kepada orang kampung, seorang suri rumah membuat laporan polis kerana berasa tertekan dengan perbuatan jirannya itu.

Wanita yang berusia 35 tahun itu mendakwa, kenyataan jirannya itu yang suka ‘membawa mulut’ sejak setahun lalu membuatkan kehidupannya sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan tertekan.

Dakwanya lagi, tindakan jirannya itu yang sering melemparkan fitnah turut menyebabkan mereka sekeluarga menanggung malu setiap kali berdepan dengan masyarakat setempat yang termakan kata-kata hasutan jirannya itu.

“Tindakan jiran saya itu menyebabkan hubungan ibu serta adik-beradik saya yang lain semakin renggang gara-gara fitnah serta tohmahan yang dilemparkan kepada kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru di sini, semalam.

Dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat semalam turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap jirannya itu.

Tambahnya, dia dan keluarga tidak akan berdiam diri dengan fitnah yang dilemparkan jirannya itu sejak bertahun-tahun lalu selagi jirannya itu tidak berhenti mengganggu kehidupan keluarganya.

“Saya memberinya masa selama tujuh hari untuk dia dan suami berjumpa dengan saya dan suami untuk memohon maaf secara terbuka di hadapan seluruh keluarga saya, jika tidak kami akan mengambil tindakan mahkamah,” tegasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Saman Jiran Suka Bawa Mulut?”

  1. Saya juga Ingin membuat aduan tentang jiran saya(mereka ialah penyewa di situ)memukul barang dengan hammer,mengheret benda dan juga berjalan dengan bunyi yang kuat di kawasan perumahan(apartment)setiap hari sebelum dan juga selepas pukul10. Mereka memukul barang pada pukul 11pm,12am,4am,dan juga 6am setiap hari. Mereka bekerja benda-benda yang berbuat bising ini di kawasan perumahan dan berada dalam rumah sepanjang hari kerana mereka anggap kawasan perumahan ini sebagai tempat bekerja(tak berlesen). Nak tanya ada hak atau undang undang yang boleh membuat aduan tentang kes ini tak?

    1. boleh saman, tp sy tak pasti hak undang2 mana yang boleh guna. rasanya mengganggu ketenteraman awam dan memberi tekanan peribadi mcm tu. Boleh rujuk sahaja dengan mana2 peguam. saya pasti mereka lebih arif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *