Salam Lebaran 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin diucapkan kepada semua. Terima kasih kerana menjadi pembaca catatan akusangpenerbit.com yang bukan makhluk angkasa gaban ini. Sesungguhnya perkongsian cerita yang dibuat hanyalah untuk meluahkan apa yang tersimpan diminda semoga ianya menjadi panduan, hiburan dan medium bertukar-tukar pendapat antara kita semua.

Alhamdulillah…Syawal menjelma jua. Semua umat Islam menantikan bulan ini setelah sebulan meniti Ramadan yang penuh berkah. Semoga kita semua berpeluang bertemu Ramadan lagi pada tahun hadapan. Sementara itu, indahnya Syawal dalam keadaan kita berpeluang meraikannya bersama insan tersayang.

Syawal adalah bulan terbaik untuk mengeratkan hubungan sesama kita. Syawal juga adalah peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan yang pernah tercalar. Ikhlaskan hati, rendahkan diri dan jadilah pemula kepada komunikasi yang dahulunya akrab, kini menjadi arnab. Jangan peduli reaksi negatif yang mempengaruhi minda berhubung penerimaan pihak yang satu lagi. Yang penting, bebanan yang ada dalam hati itu sudah dikeluarkan. Tak salah mencuba. Setidak-tidaknya kita tahu asas kita dimana.

Syawal juga detik sukar untuk mereka yang kehilangan ahli keluarga dan bergelut dengan masalah rumahtangga. Apa yang berlaku tetaplah suratan dan ujian dari Allah SWT. Hidup mesti terus…kayuhlah hari-hari mendatang dengan penuh redha dan percayalah sesuatu itu bersifat pinjaman semata-mata. Mungkin Syawal ini titik mula untuk kita memikirkan perjalanan hidup kita tanpa mereka yang tercinta. Yakinlah dengan kekuatan diri yang kita sangkakan tiada, tetapi sebenarnya ada.

Tentang soalan pelik-pelik dari macik pakcik kepoci bertanyakan bila nak kawin, bila nak beranak, bila nak kurus, bila nak gemuk, bila nak saksi, kau jawab ajelah dengan sopan. Sebab aku percaya semua fader dan mader mengajar anaknya untuk beradap dan berbudi bahasa dengan orang tua. Kalau terlalu sukar, kau buat-buatlah pengsan sambil mulut berbuih-buih. Percayalah…tahun depan mereka takkan sampai hati bertanya lagi. Ingatlah elephant fight elephant, grass will suffer. Jadi jangan biarkan hati kau suffer dan bernanah di hari lebaran. Chill sudah…

Salam Aidilfitri dari Kak Benny…??????
Maaf Zahir Batin.

#apabilakakbennymenulis
#selamatharirayaaidilfitri
#maafzahirbatin
#indahnyasyawal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *