Salam APC

 

Sebelum catatan ini berlayar, terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada semua penerima APC Jabatan Penyiaran Malaysia. Berbahagialah atas ingatan jabatan terhadap sumbangan yang telah diberikan. Kepada yang tidak dapat, chill sudah. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.

Jujurnya hari ini perspektif aku lebih kepada kejayaan lain yang mahu aku raikan. Kejayaan yang aku maksudkan ialah kejayaan mendapat tempat sebagai penjawat awam tetap buat beberapa rakan yang ramainya ada dalam ruang sahabat maya ini. Yang sesungguhnya lama menantikan rezeki ini, akhirnya tertunai juga impian yang diidam sekian lama. Tahniah sahabat..waima gred apapun. You guys deserve it.

Hidup ini sebijik macam roda impian. Dalam satu putaran, banyak yang kita mahu dapat tapi tetap terhenti pada satu kotak. Apapun bacaannya, raikan sahaja. Mungkin sesuatu yang kita mahu, atau sesuatu yang kita sudah ada tapi itulah rezekinya. Kalau mahu rezeki yang lebih baik, yuk…putar dulu Abang Halim! Insya Allah satu hari nanti akan tercapai juga.

Tahniah kepada anak buah aku, Ahmad Hassan yang dapat APC. Lebih manis, dapat jawatan tetap setelah sekian lama memakai kemeja CoS. Kejayaan dia, pakej kegembiraan berganda buat aku. Semoga ada rezeki rakan-rakannya pula dimasa hadapan. Sementara itu, jangan berhenti berharap, guys.

Salam hormat…
#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *