SALAM AIDILFITRI DARI SAYA & KELUARGA

a4dee627-85de-4d47-866a-5cbacf1ca728

akusangpenerbit.com yang dikasihi,
 
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kita semua dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang aman dan makmur, walaupun ketika negara sedang berdukacita akibat dua tragedi penerbangan yang melibatkan pesawat MAS MH370 dan MH17.
 
Secara lazimnya, saya bersama-sama dengan para anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri pada hari raya pertama di Seri Perdana.
 
Walaubagaimanapun, bagi menghormati mangsa-mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 dan mangsa-mangsa MH370 yang masih belum ditemui, kami telah memutuskan untuk membatalkan majlis tersebut tahun ini.

Namun begitu, rumah terbuka Aidilfitri di Pekan, Pahang, akan diteruskan seperti biasa pada 23 Ogos 2014.
 
Pada Syawal ini, di samping saya mengenang mereka yang telah pergi, saya akan menghabiskan masa sepenuhnya bersama isteri, anak-anak dan kaum keluarga. Inilah masanya untuk kita tumpukan masa dan kasih sayang kepada kaum keluarga dan mereka yang terdekat pada kita, selagi waktu mengizinkan.
 
Tradisi-tradisi yang selama ini menyatupadukan kita haruslah dikekalkan agar hubungan silaturrahim antara kita sentiasa rapat dan utuh. Kekalkanlah adat kunjung-mengunjungi sesama kaum. Bukalah pintu hati dan pintu rumah kita dengan penuh keikhlasan.
 
Kekalkanlah semangat perpaduan dan pemuafakatan sesama kita dalam semangat 1Malaysia.
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
 
Najib Razak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *