Sabak Bernam & Memori…

Apabila Alhadi memberitahu dia ada majlis berbuka puasa di Sabak Bernam, aku terasa macam nak ikut. Bila dia kata dia nak aku ikut, melonjaklah aku yang dah lama tak ke sana..Terus teringat semua kenangan yang pernah aku kutip semasa aku berusia 12 tahun. Aku mewakili Selangor dalam pertandingan bola tampar dan hampir sebulan aku duduk di sana. Semasa aku berusia 17 tahun pula, aku berada hampir 2 minggu di sana. Seminggu di Kem 502 dan seminggu di Kampung Baru Nelayan untuk program anak angkat. Maka Sabak Bernam memanggil-manggil aku ke sana layaknya..

Aku tahu jalan ke sana melalui Sg. Buloh. Tapi tiba-tiba aku terasa ingin mencuba ikut highway..keluar di Ulu Bernam / Sabak Bernam exit dengan harapan mungkin lebih dekat. Giler babi jauh…entah jalan mana-mana kami lalu. Tapi jalan itu sangat kosong dan pemandangannya quite cantik juga. Jadi kami sempat bergeli-geli dalam kereta dan menikmati keindahan alam semulajadi.

Cadangnya nak cari hotel di Sg. Besar atau di Sabak Bernam. Memandangkan tempat yang kami tuju D’ Muara Park Marine Resort itu merupakan tempat bercuti, jadi kami memilih untuk bermalam di sana. Ok la…memang cunz habis untuk berbulan madu tanpa halangan. Sepanjang Hadi berbuka puasa, aku melepak dibilik sambil melayari internet walaupun servis Maxis macam puaka kat sana.

Permandangan sekitar chalet..

Bergambar sendiri..

Dari luar beranda chalet…best giler!


Semalam di sini, terasa tenang sekali…jauh dari masalah dan yang ada hanya kami. Tak bercerita sangat sebab sibuk meronda-ronda Sg. Besar di waktu malam. Banyak pasar juadah dan tapak karnival yang menjual pelbagai persiapan raya. Satu yang aku kecewa, makanan di sini tak berapa lazat walaupun harganya lebih kurang kat KL jugak.

Ingatkan nak berurut, tapi kami terus balik sebab aku nak mencari Kg. Baru Nelayan, rumah mak angkat yang tak pernah aku kunjungi sejak 10 tahun dulu. Ya, aku jumpa tetapi terlalu takut nak singgah. Satu sebab aku tak ingat namanya apa..dan dua sebab kami nak singgak ke Kuala Selangor pula. Sabak Bernam aku tinggalkan dengan perasaan bercampur-baur..Sempat membeli jagung dan mangga sebelum meninggalkan daerah ini..

Reasonable juga harga nak berurut…

Menggulung rokok…

Selang sejam kemudian, kami sampai di Kuala Selangor. Bukit Melawati….itulah destinasinya. Kami tak dapat bawa kereta naik ke atas kerana pada hari minggu, pelawat harus menaiki keretapi yang disediakan. Setelah membayar RM2 sekepala, kami dibawa meronda-ronda sekitarnya..

Banyak giler binatang ini..Ini antara yang paling statik..Yang lain berkeliaran

Bergambar di keterangan Rumah Api

Aku sangat sukakan percutian kali ini…Bukan kerana ianya dekat dan sedikit murah..Tapi lebih kepada perasaan yang aku rasa setiap kali aku melintasi tempat yang pernah aku kunjungi satu masa dulu..Dah besar rupanya aku… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *