Rutin Anak-Anak Masa PKP

Eskandar Dzulkarnain anak yang baik, walaupun dia tak boleh duduk diam. Menjaga dia ni kadang-kadang lebih menduga dari menjaga Ezzudin Dzulfikar. Aku faham dia tak minta jadi dan berpelakuan hiper seperti itu. Memang kesabaran sahaja yang membuatkan aku dan Hadi kuat untuk menguruskan mereka berdua.

Dia ni picky eater…tapi menu yang tidak menyusahkan. Nasi dgn telur, nasi ayam, bihun (ini favourite dia especially kalau mak mentua aku yang masak) dan spaghetti. Ikan goreng tak berapa makan, ayam goreng pun sama. Ikut mood. Kalau makanan segera, memang McD ajelah sebab dia makan bubur ayam dan cheese burger. Cheese burger tu memang cheese dan burger aje. Kami kena asingkan sayur dan daging, carik roti dan letak cheese. Sampai sampai tu gaya dia makan.

So bermula 2 hari lepas Hadi mula duduk bertiga dengan anak-anak dirumah kami sendiri. Tak jauh pun dalam 5 minit dari rumah keluarga Hadi kalau berkereta. So seorang diri dia uruskan 2 nyawa ni. Bila Hadi memasak, Eskandar pun nak bantu juga. Aku ok aje…just pesan jangan ajar dia buka api dulu. Dia tak faham lagi.

So rutin anak-anak sepanjang MCO ini tengok tv, mandi, makan dan menulis/melukis. Rumah sepahlah. Aku tak kisah. Nanti bila semua ni berlalu aku akan kemas balik. Asalkan diorang tak keluar dari rumah pun dah cukup baik.

#myADHDson
#forevermeansforever
#supermomyangcengeng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *