`Rumah’ Untuk Cahaya Balqis..

image

Petang itu,ditemani Hadi kami ke Tanah Perkuburan Au4. Tempat yang sangat memilukan untuk aku jejak. Dahulu aku seakan mengelak ke sini kerana kehadiran itu akan membuatkan aku harus menerima abah sudah tiada. Kini aku harus menelan satu lagi realiti, anak aku sudah pergi.

Seawal sampai, kerja-kerja pembinaan belum berlangsung. Mereka menyiapkan pusara lain kerana menanti kehadiran kami. Memang aku mahu menyaksikan semua itu. Mereka memahami..

Cuaca sedikit gelap. Bila-bila masa sahaja hujan akan turun. Kerja pembinaan tidak mengambil masa yang lama. Cuba mereka kehabisan batu kecil untuk ditabur disekeliling pusara dan akan menyambung semua itu lewat petang. Mama dan Ameera juga ada bersama kami di situ. Tapi mereka tidak lama. Hari makin gelap..aku minta mereka pulang dahulu sementelah mereka datang dengan motorsikal.

Di situ..kami berdua bungkam. Aku memang tak mampu menahan airmata. Rumah Balqis sudah siap..Sudah bertanda. Lain kali bila aku datang realiti makin terang. Aku kena lalu semua ini seperti orang lain yang pernah mengalami ujian yang sama.

Aku tahu dia sudah selamat menemui pencipta-Nya. Dia putih,bersih,indah lagi suci. Aku tidak akan lupakan saat dia bernafas setelah aku melahirkan dia. Sehiba itu juga aku terpaksa membiarkan dia `pergi’. Mungkin itu yang terbaik, itu yang Cahaya Balqis pilih.

Aku tak tahu apa perasaan Hadi menyimpan sendiri anaknya di sini pada hari yang sama dia dilahirkan. Aku yang hadir dalam situasi ini pun sangat sarat dengan emosi dan kesedihan melampau. Mana mungkin tidak…dia anak yang aku kandung dan aku lahirkan dalam keadaan aku tahu, aku terpaksa lepaskan dia pergi mengadap ilahi. Nah, airmata untukmu tidak pernah habis Balqis….

Semadilah dengan tenang. Ma misses you so much…Al-fatehah….

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *