Rumah Terbuka

Open-house-sign

Banyak betul jemputan rumah terbuka sempena Aidilfitri pada minggu lepas. Maaf sangat atas ketidakhadiran aku dan keluarga. Terima kasih atas jemputan dan ingatan kalian semua. Bukannya tidak mahu hadir. Masa membataskan pergerakan kami.

Sabtu itu, walaupun cuti kami tetap menghantar Eskandar dan Ezzudin ke taska. Rasa bersalah pula bila Hadi balik bagitahu ketiga-tiga cikgu tu minta ambil pukul 12.00 tengah hari sebab mereka mahu balik kampung. Kami gunakan masa berdua-duaan itu untuk mengemas rumah dan membasuh baju secara besar-besaran. Itupun tak sempat kemas habis. Bilik atas masih tak berusik.

Jam 12.00 tengah hari kami ambil anak dan terus ke Putrajaya. Hadi kena ke pejabat untuk memantau kontraktor dia buat kerja. Aku dan anak-anak tunggu dalam kereta sahaja sambil melayan Super Wings. Mujurlah sebelum anak sempat mengganas, Hadi kembali ke kereta.

Kami ke Bangi. Jalan punyalah sesak. Sempat juga layan beberapa episod Super Wings sebelum sampai ke lokasi yang dituju.

Sekitar jam 3.00 petang kami sampai di rumah Adaha. Terima kasih atas undangan. Ada dekat 2 tahun lebih kami tak berjumpa. Nak bersembang beriya-iya pun tak sempat. Anak-anak sangat aktif. Dia sendiri perasan perubahan hidup aku yang dulu bukan main free and easy, sejak beranak dua ni agak terbatas juga pergerakan. Sebelum anak-anak bertambah selesa dan memanjat tangga rumah orang, kami pun beransur balik.

Tidak juga terus balik rumah, kami singgah balik ke Putrajaya. Sekali lagi aku dan anak beranak ditinggalkan dalam kereta. Tapi kali ini lebih mencabar sebab dua-dua sudah boring dan hyper melanda. Selesai urusan di Putrajaya, kami ke Tesco, Puchong sebelum balik rumah.


Hari Ahad nan indah…

Pukul 6.30 pagi aku sudah bangun. Agak terpisat-pisat juga bila Hadi tanya apa agenda hari ini. Aku cuma katakan kalau ada masa aku mahu ke Bukit Bintang untuk buat cermin mata baharu. Lepas itu aku tidur balik hehehe…

Aku bangun balik sekitar pukul 8.30 pagi dan terus menguruskan anak-anak. Hadi pula mengemas bilik tidur. Sudah beberapa hari semua orang terbersin tak tentu hala. Banyak sangat habuk agaknya.

Tengah hari itu aku masak ayam masak tomato dan telur dadar. Malas hendak membeli pun iya juga. Anak-anak kami beri makan dahulu. Dapatlah kami berdua-dua makan dengan tenang. Masa ini jugalah kami dapat bersembang.

‘Ingat tak tadi i tanya yu nak ke mana tak hari ini..’ katanya memulakan bicara.

Hmmm…napa? Aku jawab ringkas sambil menyedut teh kocok, teh hijau yang dibelinya tadi.

‘I ingat nak ajak yu pergi Cameron Highlands. Tapi yu cakap nak buat spek..so i biar ajelah yu tidur’

Aku mulalah rasa nak tersedak teh. Bergenang airmata tu memang dah ada dah. Kalau dia cakap aje terus pagi tadi nak pergi Cameron, aku dah boleh cargas siapkan anak-anak.

Tadi tak cakap…aku balas perlahan. Selepas itu disusuli kata-kata lain yang membawa maksud seperti kenyataan aku di atas. Cuba lebih hiba dan emosi. Lain kali jangan mengada buat macam tu lagi…sumpah aku tak suka.

Agaknya perubahan emosi itu memberi kesan kot kat hari dia. “Ok, petang ni kita pergi Morib ya. Lepas itu kita makan mee kolok kat RnR Tanjong Dua Belas.” Mengiya tidak, menolak pun tidak. Letih sebenarnya sehari dua ini dengan anak-anak dan mengemas. Lepas makan, aku buatkan susu Ezzudin dan terus naik atas melayan komputer.

Petang itu kami ke Pantai Morib. Eskandar kami biarkan berlari-lari supaya dia penat dan mudah tidur malam, sementara Ezzudin aku sorong berjalan menikmati senja di Pantai Morib. Sempat juga bergambar tapi nak dapat gambar keluarga yang semenggah sangatlah susah. Selepas azan Maghrib kami balik. Perut pun sudah lapar. Seperti kisah hidup aku yang lalu, apa yang aku nak susah betul nak dapat.

WhatsApp-Image-20160725 (1)

WhatsApp-Image-20160725

WhatsApp-Image-20160725 (2)

Kedai Selera Sarawak tutup. Meh….

Padahal minggu lepas waktu macam ini juga aku datang, elok aje bukanya.

Malam itu aku tidur dengan perasaan yang tidak berapa best mengenangkan 3 benda yang aku tak dapat. Dengan Eskandar dalam pelukan dan Ezzudin menguit-nguit kaki disusuli gelak kecilnya, aku tertidur juga. Semuanya hilang seolah dipuput bayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Reply to “Rumah Terbuka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *