RTM 69 Tahun

rtm

Selamat Ulang Tahun RTM Ke-69. Semoga lebih teguh berdiri mendepani cabaran penyiaran masa hadapan. Bukan hanya dibuai kegemilangan lampau, cabaran utama memastikan kekal unggul dan kekal relevan selaras perkembangan teknologi pendigitalan lebih utama.

Tanpa premis ulung ini, siapalah aku. Penjawat awam dengan Skim B, mencuba untuk bagus saban tahun, daripada status Artis Berjadual sampailah berstatus tetap dan berpencen.

Orang datang dan pergi sepanjang tahun, kau tetap jugalah di situ.
Orang mencipta kenangan demi kenangan, kau tetaplah juga tonggak cerita sayembara mereka.
Orang begitu-begini, begitu begini tentang dasar, pelaksanaan dan aturan yang ada, kau tetaplah juga limpahan rezeki mereka seadanya.

Syukurku kerana aku salah seorang insan bernaung dalam tegap gagah paksimu. Sendiri, tanpa tali-jemali tanpa mayang mengurai dan tanpa fiber optik.

Hey, aku tetap aku. Aku sayang kamu dan rasa cintaku setinggi angkasa tetap untukmu – Negara Angkasapuriku!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *