Rounders..

 

Petang itu langit cerah. Lepas azan habis berkumandang dari peti televisyen berkaki kayu seolah akuarium aku bingkas berjalan ke padang. Orang tidaklah ramai sangat. Ada yang bermain jongkang-jongket, ada yang berbuaian dan tak kurang memanjat papan gelungsur. Tujuan aku hanya satu. Aku mahu memegang kayu dan memukul bola hijau itu seperti mana yang aku saksikan semalam, di padang yang sama.

Tidaklah lama sangat menunggu…Sekumpulan kanak-kanak lelaki mulai memenuhkan padang. Sayangnya mereka kekurangan pemain. Ah, chance baik..Aku menawarkan diri nak main. Ketua dari yang beramai-ramai itu memandang tak puas hati. ‘Budak pompuan mana boleh join sekali. Nanti kau nangis balik rumah pasal tak dapat kerjar bola’ kata mamat tu, tapi tidaklah kurang hajar. Elok sahaja nada suara dia tuturkan ungkapan itu.

Aku yakinkan yang aku tak akan menangis..dia akhirnya setuju. Berlari kejar bola, aku handal. Tapi bila tiba giliran aku memukul bola, mamat tadi mulai panas hati. ‘Ini yang malas main dengan pompuan, pukul tak kuat’ mamat tu menjerit hampir separuh padang dengar. Aku mulai malu.

Strike one..

Strike two..

Kali ketiga bola dilantun, sekuat tenaga yang ada aku hayunkan kayu ditangan.

Aku terdengar suara mengaduh kuat..Saat itu aku sudah pun habis berlari satu bulatan.

 

Bola itu terkena nunek dia…Masa tu tak pula dia kata aku pukul tak kuat.,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *