Roti Panjang atau Roti Pendek?

'Roti Panjang'

 

Hampir tiap-tiap petang aku akan bermain di padang. Kalau tak main layang-layang, main baling selipar, rounders atau bola sepak. Apa juga aktiviti petang di padang, ia sangat seronok. Tak kisahlah mereka semua lelaki, aku seorang aje tersesat bermain sama. Mereka menerima aku seadanya. Kadangkala mereka turut mengheret aku mandi sungai yang tidaklah bersih sangat pun airnya pada hemat aku kala itu.

Satu petang yang hampir senja, kami masih berseronok bermain di padang. Langit sudah rembang. Tiba-tiba kakak datang dan menyampaikan pesan yang berbunyi begini “Abah tanya, kau nak roti panjang atau roti pendek?’

Penat bermain dan perut pun sudah lapar. Kalau roti pendek mesti cepat habis dan tak kenyang. ‘Aku nak roti panjang’ laung aku pada kakak. Dia meluru balik dan aku teruskan bermain sampailah azan maghrib sayup-sayup kedengaran.

Balik aje rumah, piap…piap..paip aku kena libas dengan rotan. Berbirat satu badan. Sempat aku tanya arwah abah, kalau roti pendek tu apa?

Dia capai hanger dan paling pada aku. Tapi aku sempat mengelak…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *