Ronda-Ronda Ramadan 2..

Akhirnya..selesai juga Ronda-Ronda Ramadan jelajah utara. Minggu lepas aku ke Hotel Vistana, Penang, Bazar Ramadan USM, Hotel The Summit Bukit Mertajam, Hotel Seri Malaysia Taiping, Bazar Ramadan Kamunting – (the most happening!), Hotel Seri Malaysia Ipoh dan Bazar Ramadan Greentown,Ipoh. Jadi faham-faham sajalah kesibukan yang teramat itu membuat aku liat nak menulis.
Tqs kepada semua penaja…jasa kalian tidak terbalas 🙂
Penjelajahan di utara, aku membawa Zamil sebagai pengacara. Ok la….tapi makan hati jugalah aku dengan bahasa Melayunya 🙂
***
Alang-alang di Ipoh, aku diarah membuat rakaman ucapan hari raya MB Perak. Ini ajelah gambar kerja yang sempat aku ambil sebab selain berperang dengan masa, hujan juga menyebabkan kerja aku sedikit terkejar-kejar. Apapun aku tegaskan sekian kali, aku tak berapa reti nak bergambar time sibuk-sibuk kerja. Dah abis kerja lain cerita..

Aku dan seorang MB..DS Dr. Zambry Abd. Kadir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *