RIP Whitney Houston – Bukan Atas Dasar Mengagungkan Manusia!

image

Aku membesar dengan lagu beliau. Ramai antara kalian juga sama. Lagu-lagunya indah,memberi inspirasi dan membuat aku rasa dunia ini,walau macam mana celaka manusia menerima kita, masih ada harapan cahaya pelangi. Lagu “Miracle, Greatest Love of All, Saving All My Love For You dan paling malar segar – I Have Nothing dan I Will Always Love You” adalah antara yang sering aku putarkan menemani waktu belajar malam dan mengemas rumah.

Ya,aku sedih dan terkejut dia mati. Mungkin itu terbaik dari dia hidup bertemankan dadah, alkohol dan bahan sepak terajang. Kematiannya ditangisi seluruh dunia. Itu kerana namanya kukuh dalam industri dan satu dunia menerima bakat seorang Whitney Houston.

Penuh di wall FB rakan-rakan post lagu beliau yang aku pasti – itu adalah lagu beliau yang paling sentimental dalam hidup kalian. Di Twitter, selain menjadi trending, #RIPWhitney paling tidak dititipkan – buat menghormati mendiang. Aku ulang,menghormati mendiang

Maaf,aku simpati dengan pendapat emosi yang menggunakan agama sebagai tanda aras. Tiada salahnya memberi penghormatan dengan ucapan semudah Rest In Peace. Takkan nak sadaqallah atau innalillah yang terang-terang tak sesuai. Apatah lagi, selamat tinggal bahan bakar…Berdosa di situ.

Jika adalah penyanyi lagu nasyid atau lagu keagamaan meninggal, jangan tak percaya-aku pasti penuh wall FB ditampal lagu-lagunya. Jadi adakah itu lambang pemujaan? Jika ada ustad-ustad fofular dengan ceramah ditarik nyawanya, adakah tika itu penuh di wall FB sedutan youtube arwah maka itu lambang pemujaan? Atau penghargai kerjaya arwah?

Bangun dan ciumlah bau kopi. Jangan sempitkan pemikiran dan jangan membenci kerana perbezaan-apatah lagi kerana perbezaan agama.

Kematian Whitney Houston diratapi kerana dia pernah menyentuh hati jutaan manusia. Hati siapa yang kita sentuh-dengan rasa sayang atau kebencian? Renung-renungkan dan selamat menjalani hari dengan bersih hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *