RINDU MAK DEN…

Sejak majlis doa selamat untuk mama minggu lepas, fikiran aku mulalah memberikan pelbagai kebarangkalian dan aku rasa lelah. Allah sebaik-baik perancang dan aku landaskan hidup aku atas kepercayaan itu. Menanti Khamis (hari catatan ini ditulis) seolah-olah masa pantas berjalan. Hari ini mama akan berangkat ke tanah suci dan susunan hidup aku tidak seperti yang aku harapkan.

Hadi outstation 3 hari ke Melaka bermula Rabu hingga Jumaat. Aku kena uruskan anak-anak seorang diri. Ini bukannya kali pertama situasi itu berlaku. Beberapa minggu lepas sewaktu Hadi bercuti ke Bali, aku juga uruskan anak-anak. Tapi masa itu aku putuskan untuk bercuti sahaja dan terus Mika Muzaffar Ahlan memecut ke Johor Bahru.

Minggu lepas sudah terpaksa cuti 2 hari kerana sekolah anak-anak diarah tutup bahana jerebu. Takkan nak cuti lagi? Aku nak allocate baki cuti yang ada untuk sambut anniversary atau kembara solo mengejut ke lokasi yang belum aku putuskan.

Berbalik hal Khamis…mama perlu berada di KLIA pukul 8:00 pagi. Jadi aku harus uruskan anak-anak dahulu baharu boleh ke KLIA untuk menghantar mama. Haih, anak-anak aku…memang punca darah tinggi. Sorang susah nak bangun pagi, seorang lagi bangun awal sangat pulak. Belum episod memujuk Judin masuk kereta dan dia buat donno aje. Terpaksalah aku memikul dia dan mengah-mengah permulaan hidup aku pagi tadi.

Mula-mula hantar Eskandar. Kemudian stop over beli sarapan Judin. Diikuti meranduk jem hanat di BSP yang dah berapa kali keluar TV flyover tak nampak-nampak lagi bahan asasnya. Sudah sampai depan sekolah, eh Judin boleh pulak lemah-gemalai pergerakan dalam keadaan aku mahu cepat ke KLIA ni.

Terus aku memecut ke KLIA. Mujurlah aku sempat juga bertemu mama. Adik-beradik yang lain semuanya ada di sana. Cuma aku tak sempat jumpa Ali dan keluarga. Sembanglah kejap dengan mama. Biasalah…minta dia jaga kesihatan dan pesanan-pesanan yang lazim diberikan kepada insan yang akan menunaikan umrah. Juga aku mohon mama doakan anak-anak aku di sana.

Sedih dalam hati susah aku nak cakap. Suasana pagi di situ macam pagi raya masa sesi salam minta maaf. Menangis aje…Masa peluk mama sebelum kami berpisah, aku hanya cakap aku harap aku dapat jumpa mama lagi…

Benny harap mama sihat-sihat selalu sepanjang berada di sana. Benny tahu mama rindukan abah, ibu dan ayah Mama. Macam itu juga rasa rindu yang kami semua rasa. Kerana itu, mama balik semula ya kepada kami supaya rasa rindu kami semua pada mama akan terbalas. Maafkan dan halalkan segala-galanya.

I love you so much…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *