Rindu Judin…

19 hari sudah aku tak jumpa keluarga. Dengan Eskandar Dzulkarnain dapatlah sembang-sembang seadanya. Tapi dengan Ezzudin Dzulfikar emosi dia tak terluah. Aku tahu dia rindu aku. Aku ni lagilah, rindu yang tak terhurai.

Ada sekali masa aku video call, dia renung aje aku. “Mama….” itu aje dia cakap. Kemudian dia tunjuk satu persatu toys yang dia tengah main dan aku layan sampai semuanya dia dah tunjuk kat aku. Mujur dia bukan jenis meraung bila nampak muka aku…sejenis lega kat situ.

Aku rindu dia tarik tangan aku minta buatkan susu…
Aku rindu dia bersandar pada aku bila aku tengah duduk membalas urusan kerja dengan telefon.
Sampai satu tahap aku rindu bila dia debik aku sebab Eskandar kacau dia.

Moga Allah peliharakanlah keluarga aku semua dari ujian ini. Demi keselamatan semua, memang duduk terpuruk dirumah itu sebaik-baik tindakan, walaupun hati aku remuk tanpa mereka di sisi.

Bila semua ini selesai, aku nak bawa dia kat kedai Eco. Kau boronglah segala mak nenek mainan kapal terbang yang kau nak. Mama akan teman main sama-sama sampai semuanya berderai.

Haih…sumpah rindu
#ezzudindzulfikar
#judinjudika
#judinhensem
#myautisticson
#forevermeansforever
#supermomyangcengeng

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *