Rindu Abah..

Hari ini berlalu dengan sedikit tenang..Sekali sekala aku tersedih dan menangis juga. Tapi tak apalah…katalah sensitif,kememeh atau apa juga. Bila sedih aku ada perasaan dan mujur hati aku tidak membeku..

Semalam aku sms mama..dan mama balas dengan pantas. Pantas tu juga aku menangis membaca balasan dia. Keluarga kita hanya kecil dan yang ada ini kita kena jaga. Jadi keazaman untuk membuatkan semua bahagia memang tersimpan lama. Aku mengaku,kadang-kadang aku rasa gagal bila tak berjaya tunaikan apa yang diorang nak. Tapi kena faham,aku pun ada set masalah aku sendiri..

Aku bongkar kotak lama…kad-kad tulisan abah, aku baca satu persatu. Dan airmata aku gugur lagi..

Ya,Allah..aku rindukan dia..kenapa aku lama tak mimpikan dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *