Rezeki…

dd

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Rezeki kewangan, rezeki berumahtangga, rezeki belajar dan lain-lain rezeki termasuk rezeki mak dan bapak. Jadi pengertian rezeki pada aku sangat luas.

Kelmarin Kak Leha bawakan hampir 3 kilogram buku tentang penjagaan semasa hamil dan lain-lain yang berkaitan isu tersebut. Ya, dia bertanya dahulu sama ada aku mahu atau tidak. Eh, memang tidaklah menolak! Beri buku pada aku macam beri duit juga. Sebab kalau ada duit lebih aku beli buku juga. Bila nak baca tu jadi persoalan ke lapan belas. Yang penting ada dahulu. Lagipun memang ada niat untuk membuat satu perpustakaan mini di kediaman aku nanti, kemungkinan besar di Melaka.

Tadi dia bertanya, sekali lagi. Kali ini buku cerita katanya. Aku kalau baca novel Inggeris nie memang tak berapa laju sebenarnya. Yang akhir aku baca dan ingat sesungguhnya pun hanya buku 50 Shades of Grey. Itu kerana mahu tahu apa yang dasyat sangat sampai menjadi bahan bualan satu masa dahulu. Oh, okay….next!

dd2

Aku heret Kak Ayu sekali. Aku tahu dia memang gila membaca novel. Maka membeleklah kami berdua macam makcik memilih ikan di lobi RTM.  10 buah buku aku rebut dahulu, kebanyakannya karya John Grisham. Novel romantik geli-geli aku tak berapa gemar. Aku suka buku penyiasatan, misteri dan kalau dapat kisah benar, itu bonus.

Terima kasih kepada yang memberi buku itu dan kepada Kak Leha yang membawakan buku itu kepada aku. (Haaaaaaa…**insert music choir)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *