Rezeki Makcik Kiah

Saudara….(tiberrr…)
Janganlah kita membandingkan diri kita dengan rezeki Makcik Kiah. Kita tak tahu perjalanan hidup dia sebelum berkahwin dengan pacik Grab. Kita pun tak tahu kisah hidup pakcik RELA yang membawa Grab ini sebelum bertemu dengan Makcik Kiah. Masing-masing ada set masalah yang tersendiri. Anak kat universiti…Makcik Kiah tak berharap pada suami dia sahaja. Dia bukannya Melayu pemalas. Dia buka kedai goreng pisang untuk membantu ekonomi keluarganya…Nak apply e-wallet RM30 pun dia tak pandai sebab dia buta IT. Mujurlah ada bantuan pakej ransangan ekonomi seperti ini yang tidak terhad kepada pendapatan isi rumah RM100,000 setahun.

Makcik Kiah sendiri pernah kena virus…mujur tak jadi zombie…virus ni bukan benda main-main. Abis dikokaknya paru-paru kome nanti.

Sebab tu, jadilah seperti Makcik Kiah denganĀ #stayathome

P/s: duduk rumahlah musibat…cakap baik-baik kau tak faham!
#apabilakakbennymembebel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *