Reunion SKLK 88-93

Bukan mudah untuk mengumpulkan semua warga SKLK 88-93 dalam satu dewan. Juga bukan mudah untuk merealisasikan tujuan itu dalam keadaan kita masing-masing dihambat kerja dan hujung minggu sarat dengan aktiviti keluarga.

Aku maklum itu…sebab aku jugak selalu sibuk setiap Sabtu dan Ahad. Kalau takde siaran, aku berjanji dengan diri sendiri untuk hadir ke perjumpaan ini. Sebab utama pastinya untuk berjumpa kawan-kawan semua. Sebab lain, tidak mahu mengecewakan Mar Izwan yang penat lelah menguruskan hal dewan dan logistik lain. Dan ini sebab yang menguatkan niat aku ke sana..

11 Julai 2010 – 12.30 tengah hari…
Aku bukak FB dan membaca komen kawan-kawan tentang perjumpaan ini. Tqs to Terra yang post no hp Cikgu Misel, tangan aku pantas menelefon beliau. Gugup tak payah cakap…17 tahun aku tinggalkan SKLK agaknya ada tidak sekelumit ingatan Cikgu Misel pada aku..Selepas beberapa deringan dan ucapan salam, aku memulakan intro…

“Err….agak-agak cikgu ingatkan student cikgu nama dia Baini….” tergagap-gagap aku memula bicara…

“Nurbaini ke? Ingatlah….”balas beliau dan serentak itu gelak ketawa memecah perbualan ringkas kami.

1.45 petang…Aku sampai ke dewan yang kita amik UPSR dulu. Dewan tu dah jadi Dewan Bistari dan pentas konkrit telah dibina. Tak perlu lagi cikgu-cikgu menyusun dan mengikat kaki meja untuk dijadikan pentas setiapkali mengadakan majlis penyampaian hadiah. Sekolah dah lain…cuma bangunan 3 tingkat ini kenangan kita yang ada..Oh, dan jugak kantin sekolah. Ingat tak kolam tempat orang kenit sembunyi, gua ular belakang kantin dan padang lompat jauh? Dah takde semua tu…Yang ada hanyalah kenangan…itu pun kalau kita ingat 🙂

Oleh kerana aku awal, sempatlah juga menyusun kerusi dan memasang lapik meja makan. Shazlina Mokhtaruddin tiba selang 10 minit dan kami sempat melawat kawasan sekolah yang lama ditinggalkan..

Cikgu Misel sampai awal….sebelum jam 2.00 petang dia sampai dari Bukit Beruntung. Tak lama lepas itu Mar Izwan Marzuki, (seperti Cikgu Misel akupun ingat nama penuh engkau…) dan rakan-rakan lain menyusul. Jangan kecik ati, aku tagged ajer nama korang 🙂

Perjumpaan yang sederhana tapi meriah..Tqs Ayen membuka sessi karoke dan juga Zuhri yang berjaya membawa Cikgu Marziana ke pentas karoke…Cikgu Misel nyanyi lagu Hati Emas tu….selepas agaknya geram dengan persembahan duet Zuhri dan Mar Izwan, dengan pantas beliau mara ke pentas dan menyanyikan lagu Soldier Of Fortune….sayu aku kejap. Tapi persembahan Angin Malam oleh Cikgu Abu berjaya membuang imej Rhoma Irama yang melekat bertahun lamanya….Rambut Cikgu Abu pun dan lain, sesuai dengan imej Guru Besar yang disandang beliau sekarang..

Rata-rata semua cikgu tak nampak berubah. Cikgu Asiah dengan Cikgu Marziana sebijik sebijon seperti 17 tahun lalu…Cikgu Abu masih macam itu…(sekali lagi aku terharu sebab Cikgu Abu ingat lagi kat aku…) Cikgu Misel agak susut, tapi masih tinggi macam dulu. Cuma sekarang Fikry Karim berjaya mengatasi ketinggian beliau..

Perjumpaan ini tidak seramai yang dahulu…tapi ini permulaan untuk kita mengumpulkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar kita..Disamping mengenang cikgu sekolah menengah, cikgu sekolah rendah pun jangan dilupa. Kalau korang pergi tadika, cikgu tadika pun korang jangan lupa..

Untuk perjumpaan akan datang, aku harap ramai lagi akan hadir. Alang-alang, ada sesiapa tak kenal dan tahu nombor telefon manusia ini :-
  1. Faridah Al-Junid
  2. Zulfadzli Ishak -dia sekelas dengan aku masa 1-3 Kenanga..pastu pindah mana tah
  3. Wan Abd. Rashid – sekelas dengan aku masa 3 Kenanga. Pastu pindah jugak…
  4. Ambri Bahari – geng main bola tampar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *