Resident Evil : Retribution – Errrrr…..Bosan!

Aku tak tahu macam mana nak terangkan kadar kebosanan aku menonton filem ini. Ia tak ubah seperti melihat boifren main Wii Resident Evil. Cumanya takde pakcik tua yang berhijab bertanya ‘what are you selling? what are you buying’ aje. Tidak menolak kesan bunyi dan grafik yang hebat, ia sekadar biasa-biasa sahaja. Aku sempat tertidur, terjaga dan tertidur kembali.

Ohai, handsome..

Mujur di awal cerita ada Oded Fehr. Itulah memacu syahwat aku menonton. Tapi dia muncul sangat sekejap. Baru nak sengih sorang diri dan kemudian dia hilang. Paling buruk, dia jadi zombie! Aku sangat tak gemarkannya!

Beberapa kali zombie muncul tak tentu hala dan aku terkejut dengan kemunculan berdarah-darah. Itu sahaja..Yang supermodel tu pulak apapun scene terbakar peluru berpandu hatta masuk padang pasir sekalipun mukanya tetap bedak setong, control ayu dan sedikit macam iklan Palmolive.

Well, korang mungkin suka tapi aku tidak.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *