Resepi Padprik Chendawan Ala Emergency

Hari ini raya ke-3..Sepatutnya pagi tadi aku balik KL. Tapi sebab seronoknya bercuti, makanya disambung satu hari lagi di sini. Cadangnya hari ini nak beli ketam dan masak kari..tentu lazat dimakan di tepi kolam renang. Malangnya semua kedai yang aku pergi semuanya tutup..

3 hari di sini, kami tak makan dikedai langsung..semuanya serba masak sendiri. Mama memang jenis suka masak-masak dan kami semua memang suka makan-makan. Lagipun kalau makan dikedai belanja lebih besar dan tak tentu sedap. Raya begini boleh bilang dengan jari berapa kedai makan yang buka.

Hari pertama, mama masak sardin dan makanan sampingan bekal nasi himpit, kuah kacang serta rendang daging banyak. Semalam kami pesta nenas sebab masa masak pajeri nenas dan aku sendiri 2 kali tanak bubur nasi. Hari ini lebih special..Pagi tadi lebihan nasi mama masak nasi goreng campur sardin juga lebihan semalam. Licin dikerjakan aku dan Hadi..

Untuk makan petang/malam, Mama masak sup daging, goreng ikan masin dan aku masak padprik chendawan..Tak sangka dalam serba kekurangan rasanya masih sedap dan mampu membuncitkan perut..Seronok tengok anak-anak saudara makan..walaupun masing-masing dah makan, tetap mahu makan lagi sekali dengan makcik-makcik mereka..

Kalau rasa nak cuba buat, sangat tak susah.

 

Padprik Chendawan Ala Emergency

Cili Merah sebiji, Bawang merah sebiji, halia ikut suka dan bawang putih dua ulas dihiris nipis. Tumis sampai naik bau..

Masukkan ayam kisar satu peket jenama Ramly (sedapnya ayam dadu.dah namanya emergency,belasah ajelah.Tapi sedap geng!)

Masukkan sos tiram dan kicap sesuka hati. Masukkan air kalau nak kuah banjir..aku kena buat banjir sebab manusia di sini semuanya suka makan berkuah.

Masukkan sayur – aku masukkan chendawan putih dan bayi jagung. Ikut suka berapa banyak.

Agak-agak dah nak masak, perah limau kasturi 3 biji…SIAP!

Tak payah gula, garam dan ajinomoto…sos tiram dah masin, kicap dah manis.

 

Hasilnya…tadaaaaa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *