Remaja Lelaki Putus Telapak Tangan Kanan Akibat Bermain Mercun

Artikel Kosmo

Ada berjenis-jenis ucapan, caci-maki dan doa yang dilafaz setiap kali mercun berbunyi tak kena waktu:-
1. Setiap kali tahun baharu – berlanjutan berjam-jam lamanya.
2. Setiap kali malam-malam menyambut perayaan – berlanjutan berjam-jam lamanya
3. Setiap kali sambutan hari kebangsaan – berlanjutan berjam-jam lamanya.
4. Budak main mercun di kawasan tempat letak kereta
5. Budak main bercun di kawasan rumah flat.
6. Budak main mercun di kawasan perumahan – berjam-jam lamanya!
Dan banyak lagi situasi yang boleh diberikan.

Kebanyakan yang panas hati dengan situasi ini semuanya manusia. Manusia yang nak rehat dengan tenang pada waktu malam. Manusia yang berkeluarga dan ada anak-anak kecil yang super sensitif dengan bunyi. Itu belum kira kot ada anak istimewa yang ketakutan dan sukar dikawal bila dengar bunyi mercun dah macam dekat zon perang. Dan juga warga-warga emas yang mahu mengisi malam-malam mereka berehat, beribadat atau mendengar Gold 861 DENGAN AMAN (walaupun tak tua benar, aku dengar saluran tu dan mahu mendengar dengan aman.)

Bila keadaan tidak dapat dibendung, terbitlah kata-kata yang tidak enak untuk ditulis. Korang pun pernah lalu situasi itu. Tak perlu aku nak cerita detail sangat.
“Mintak-mintaklah……”
“Jangan sampai….”

Bukannya tak mahu faham, neraka kami kami – kami juga pernah jadi kanak-kanak dan remaja. Tapi susah nak faham kenapa mak bapa pantau anak-anak. Ya, betul, anak mungkin menipu ke apa tapi kalau jiran dah complain ada pulak yang tak percaya anak-anak dia lebih setan dari syaitan.

Tolonglah tengokkan anak-anak kita. Tak pasal-pasal aje raya dengan tangan yang kudung. Apapun, kisah orang tetap pengajaran dan teladan untuk kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *