Recce Yang Meletihkan

Khamis lepas aku sangat letih. Program Kibar Jalur Gemilang akan dilancarkan di Stadium Utama, Kangar dan Khamis itu aku balik hari KL-Kangar-KL untuk recce program terbabit.


Penerbangan jam dijadualkan 1355. Sebelum jam 1200 aku dan Shahzil dah sampai di KLIA. Sempat kami makan ala kadar memandangkan harga makanan di KLIA bukan main mesra poket lagi nilainya. Ingatkan cepatlah sampai Perlis dalam keadaan kami naik kapal terbang. Penerbangan delay plak sejam..Aduhai……makan hati aku menunggu.

Sekali lagi kami melepak di port yang sama. Kali ini Amir, pereka set memeriahkan sessi lepak kali ke-2. Memandangkan beliau memilih untuk pergi sendiri ke KLIA, kami jumpa di situ saja. Punyalah sakan bersembang, tanpa sedar nama aku sudah kena panggil dengan pembesar suara. Tak pernah dalam sejarah aku lewat boarding he..he..he..

****

Sekitar 1655 kami tiba di Alor Setar dengan disambut oleh pemandu cum DJ dari RTM Perlis. Jai namanya..orangnya baik, bersopan..pendek kata yang baik-baik itu semua ada pada dirinya 🙂

Stadium Kangar nampak baru..ialah, baru cat. Sakit hidung aku dengan bau-bauan yang tengik menusuk kalbu. Tinjauan lokasi berjalan lancar dan TP, Che Mat sudahpun menunggu kami bertiga dengan B&H yang tersisa. Recce berjalan lancar…tapi aku mulai rimas-rimas sebab baju sudah basah dengan peluh tak diketahui jantan betinanya..Hari pulak panas berdengkang..Dalam keadaan macam ini, dapat sirap ais kenduri kahwen pun dah kira alhamdulillah…

Sebelum kami kembali ke Alor Setar, Jai bawak kami makan sate disalah satu kedai area Kangar. Sumpah sedap sate makcik tu..Aku rasa aku makan tak lari 20 cucuk sate! Kena pulak dengan teh ais pekat yang sedap amat membasahkan tekak yang teringin minuman dingin. Hilang letih kejap..

Sesudah itu, perjalanan diteruskan ke Alor Setar. Penerbangan kami penerbangan terakhir. Terasa berkejar-kejaran dari satu tempat ke tempat lain. Tapi aku tak sempat lelapkan mata masa penerbangan balik. Mungkin kerana aku terlalu kusyuk membaca Utusan Malaysia ataupun sebab jiwa raga aku dah sampai PJ Oldtown dulu..

Letih geng…Jumaat pulak aku kerja macam biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *