Raya@RTM

13770392_10154058640878551_1104302818443913949_n

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RTM Bersama-sama YB Menteri KKMM telah selamat diadakan semalam bertempat di Wisma Berita, Angkasapuri. Tahun ini, Produksi TV & Saluran TV berkongsi gerai. Kami menyediakan juadah berupa goreng-gorengan iaitu pisang goreng dan keropok lekor dan juga pulut kuning dengan rendang ayam. Memang laku keras!

Warga Produksi TV dan Saluran TV ni senang aje nak cari. Kalau selisih dengan pemuda tampan dan pemudi bestari bersongket, dioranglah tu.

13697141_10153965478088138_2581332022772095107_n

13754118_10208494468231645_4489937662250353301_n

Majlis ini sebenarnya adalah medan untuk aku berjumpa rakan penerbit dari unit-unit lain selain pelanggan-pelanggan RTM yang aku kenal. Itu pun tak sempat bertegur sapa dengan semua. Mana yang kebetulan selisih menahan lengan, sempatlah bersembang seadanya. Kebetulan ada kerusi kosong mana-mana meja yang penghuninya aku kenal, aku duduklah seketika.

Bergambar pun begitu juga ceritanya. Siapa keluar kamera, kalau kebetulan aku dalam radius yang sama, aku menempel. Banyaknya masa aku ada digerai sahaja memerhatikan tetamu mengambil makanan digerai kami. Untuk itu aku memaklumkan gambar yang aku post semua ini adalah milik Dot, Kak Joja dan Ayie. Jangan marah geng! 🙂

Geng Opis
Geng Opis

Nak bergambar dengan manusia yang baju berwarna tema sama pun payah. Adalah satu aku dapat dengan Razlan. Sampai sudah belum dia post gambar itu. Tapi aku maafkan dia, sebab hari ini hari lahir dia..Happy birthday, Razlan!

Dalam kemeriahan tetamu yang hadir itu, adalah satu manusia ini yang sudah lama aku tak jumpa. Kalau selisih pun sekejap-sekejap sahaja. Itu pun aku tak boleh recall bila kali terakhir kami bertemu.

Dia adalah salah seorang pengacara Sembang@10, 12 tahun yang lampau. Masa itu aku hanyalah penolong penerbit di Unit Hal Ehwal Awam. Satu era yang lampau, kakak ini namanya memang mekar. Selain menjadi pelakon, dia juga seorang DJ di Red.fm, kala itu. Dia pernah membuatkan aku sawan dengan menghadiahkan aku CD runut bunyi filem Puteri Gunung Ledang. Pernah satu ketika kami outstation di Kelantan, dia belikan aku sepasang tracksuit dan t-shirt. Sampai sekarang pakaian itu masih baik dan kerap aku pakai. Setiap kali pakai, teringatlah aku pada kakak yang budiman itu.

IMG_20160719_165201_1

Ha, inilah orangnya…Yunie Yunos 🙂

Habis majlis, aku mulalah rasa lain macam. Kepala pun berpusing-pusing aje. Hadi pula malam itu kena ke PICC untuk setup majlis raya pejabat dia pula. Sempat dia biarkan aku tidur sekejap dan dia bagi anak-anak makan sebelum dia keluar ke PICC. Disebabkan sakit kepala, aku biarkan anak-anak di depan tv dan mulalah lena-lena ayam. Tapi tak lama lepas tu aku rasa macam mata aku kena songket. Rupa-rupanya Eskandar berusaha membuka mata aku dengan jari dia! Astaga…aku layankan dia menyanyi satu dia lagu. Lepas itu, dua-dua anak aku pikul masuk bilik. Intai punya intai, baru pukul 9.15 malam rupanya.

Tak tahulah kenapa sebal sangat rasanya. Nak kata makan pulut lemang berangin bagai, aku tak jamah semua tu. Aku hanya makan sepinggan kecil nasi beriyani dan 5-7 cucuk sate. Ini mesti sebab cermin mata calar-balar bersagat yang aku pakai. Mintak tukar barulah tu…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *