Rasanya Tiada Apa…

image

Selepas seminggu, aku kembali ke PPUM untuk temujanji yang baru. Bukan lagi dengan gynea tapi dirujuk ke bahagian lain lanjutan masalah kesihatan selepas episod keguguran Cahaya Balqis. Temujanji seawal 8.00 pagi dan aku berbelah bagi antara nak pergi atau tidak. Semalaman itu aku tidak dapat tidur. Lepas menemankan Hadi dan Adeq sahur baru terasa mengantuk. Tapi aku gigihkan juga mata dan semangat dipagi hari.

Oleh kerana aku tidak mahu memberatkan kepala otak, aku gagahkan juga ke PPUM sebelum jam 8.00 pagi. Sekitar 7.45 pagi aku sudah berlegar dikaunter dan nombor yang aku dapat buat aku migrain kejap. Orang sangat ramai menanti giliran untuk mendaftar. Mujur proses itu tidak selama yang disangka. Disebabkan kes aku dirujuk, aku dapat nombor ganjil dan giliran ketiga.

Doktor yang memeriksa ialah pelajar tahun akhir. Ada dua orang dan mereka mendapatkan informasi dalam kadar berhati-hati mengatur soalan. Mungkin mereka khuatir soalan yang ditanya berpotensi menggugat emosi aku dipagi hari lanjutan kejadiannya pun masih segar dalam ingatan. Kemudiannya barulah dirujuk ke pensyarah mereka yang sangat mesra.

Apa yang penting, tiada yang pelik-pelik yang perlu aku fikirkan sangat. 3 bulan lagi aku perlu ke sana untuk pemeriksaan susulan. Semoga semuanya aman…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *