Ras Adiba Radzi

Aku harus membiarkan engkau pergi
Kau harus membiarkan aku pergi
Peraturan kita berakhir di sini…

Aku selalu memuja kebebasan
Dan kau juga impikan kepastian
Cita-cita dan harapan menemukan
Dua pelarian…
Terumbang-ambing dibawa arus
Dari pelabuhan ke pelabuhan

Ingatkah kau sewaktu dipersimpangan
Bulan dipipimu mentari dimataku
Kita lupa pada kesementaraan
Kita lupa pada ruang pilihan
Kita lupa masih ada senja dihujung jalan
Peraturan kita berakhir di sini…

Sekali-sekala kenangan manis akan mencuit hati
Sekali-sekala akan terasa juga pedihnya sepi
Lalu luka ini akan berdarah lagi
Dan sekali-sekala…
Akan terfikir juga segala-galanya

***

Aku tak pernah buat perangai turun studio untuk bergambar dengan mana-mana manusia ternama yang sering keluar masuk ruang lingkup pejabatku. Kalau kebetulan boifren ai, boifren ai datang pun, amat jarang aku berkelapangan dan ada peluang bergambar. Safiey Ilyas yang kejap lelaki pastu “Do, dah jadi betina” balik itupun kebetulan aku terserempak di laluan ke kantin yang telahpun dirobohkan dek kerana media sitinorbaini – sempatlah aku pelawa bergambar bersama.

Tapi semalam adalah satu kecuali. Kecuali kerana figura ini, alunan lagu-lagunya menjadi peneman aku belajar dan mengecat sepanduk. Lagu-lagunya berikan aku ketenangan dan lagu-lagunya menguatkan azam aku untuk ambil kertas sastera dalam keadaan satu kelas Abakus berpakat menggantikan subjek itu dengan Pendidikan Seni. Seorang diri aku mengayuh kertas sastera tanpa guru dan berjaya aku dapat 1 untuk subjek itu.

Dia juga adalah penghias pertama majalah sastera terbitan Utusan iaitu “Karya” yang menjadi bahan bacaan wajib aku selain majalah Remaja, Media Hiburan dan Gelagat.

Berpeluang bergambar dengan dia semalam satu kegembiraan pada aku. Mujurlah dia kena masuk studio, kalau tidak memang aku ajak dia nyanyi bersama lagu-lagu dalam album Kasih, terutamanya Peraturan. Secara peribadi, Peraturan sangat indah serba-serbi.

Kalau kalian sedar, sekali-sekala dalam bulan mengambang aku akan petik baris-baris puisi ini menjadi status Facebook. Bila keadaan itu terjadi, maknanya aku tengah trobek zaman remaja, zaman di mana lagu-lagu puisi sering aku alunkan.

Atas semua memori itu, terima kasih Kak DibĀ ??

P/s: kalau tak silap aku, kak Dib pernah menjadi penulis tamu untuk Harian Metro dalam ruangan hiburan yang diterbitkan setiap hari Ahad. Ini memori Examo…tak pasti valid atau tidak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *