Rantaian Berpura-Pura…

13914-b

Tadi aku sendiri mencuba bereksperimen dengan kepura-puraan. Tapi ini adalah satu kepura-puraan berantai. Saja nak tengok reaksi – alang-alang aku dijebak dalam permainan itu.

Aku memesan segelas teh o ais, teh ais dan sepinggan nasi lemak berlauk telur mata. Paling-paling lahap dalam fikiran aku kesemuanya bernilai tak sampai RM 10. Aku makan di kedai biasa sahaja…bukan restoran mewah.

Tuan punya kedai pula dia mempunyai perangai yang pelbagai. Selalunya muka dia serius ya amat dalam pengiraan. Macamlah tak cukup cas seposen akan menyebabkan dia terhumban ke dunia kemiskinan. Jaaarang nampak dia tersenyum. Pergaulan dengan pekerja bawahannya pun lagak aku bos – kau pekerja, you syadap!

Sewaktu aku ke kaunter dan menghulurkan resit pengiraan, muka dia agak serius. Jangan main-main… “Awak makan satu aje?” Ya, encik taukeh..

Dia tak tekan pun kalkulator mesin pengiraan yang segedebak ada atas meja tu. Dia kira guna mental arithmetik aje. Seorang pekerja dia (aku rasa pekerja baharu kot) berdiri sebelah setia menanti apa yang bakal terjadi..

“RM25 semuanya…” Whaaaat? Kata aku dalam hati. Tapi aku control steady dan keluarkan RM5 daripada dalam dompet. Perlahan aku letak atas meja cashier.

“Betul dik, RM25 semuanya…” Aku maintain muka blur seolah-olah aku percaya ia bukanlah satu gurauan. Kesian nampaknya bersungguh benar sang taukeh cuba meyakinkan aku dia tidak bergurau. Pekerja itu pula mula mengekek-ngekek macam kelakar sangat perangai boss dia tu.

“Ish takdelah…RM6.50 semuanya hahahahaha..” Dia ketawa kerana “berjaya” memperdayakan aku. Pekerja dia lima kali gelak untuk meyakinkan boss dia betapa kau tak kelakar sebenarnya, tapi aku pekerja nak bodek kau jadi aku  iyakan aje..

Aku pula berpura-pura terkena dan gelak macam You’re On Candid Camera. Muka taukeh kedai tu….macam kejayaan besar sangat. Sempat dia menambah tadi dia kenakan seorang lagi pelanggan dan pelanggan itu pun percaya dia makan sarapan sekeluarga kena RM45.

Sebelum aku meninggalkan premis kedai, sempat aku cakap. “Waaah, kalau untung banyak macam ni mesti banyak kena bayar GSTkan?”

Selepas itu kami pun berhuhuhu bersama-sama. Pekerja dia yang baharu tu pun turut menyampuk kami berhuhuhu…

Jadinya aku nampak sendiri action and reaction of the circle of the pretentious and feign. Gittew kak Beni mengakhiri penulisan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *