RAMBO LAST BLOOD

Awas da soundtrack – banyak nau spoiler…

Aku agak skeptikal untuk menonton filem ini. Aku bayangkan filem perang seperti Rambo yang terdahulu. Tapi pakcik ni dah lama pencen dan tak layak disambung kontrak pun…so nak berperang dengan siapa lagi?

Rambo Last Blood betul-betul mengingatkan aku pada Logan. Konflik hero yang semakin berusia, banyak mengenang kisah lama dan cuba untuk menyumbangkan tenaga selagi hayat ada. Cuma Rambo terlalu banyak kekesalan masa lampau dan mengisi hari untuk menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Tapi bila gagal, kegagalan itu makan emosi. Itu jelas apabila beberapa pendaki tidak dapat diselamatkan dan dia macam kecewa giler.

Percayalah cakap aku, sejam pertama filem ini korang akan rasa macam tengok Gerak Khas. Serba-serbi predictable dan sangatlah drama melayu. Oh, please baca sinopsis sendiri sebab malas pulak nak tulis. In short, dia ada anak angkat yang dia rasa macam darah daging sendiri. Gaby ni anak yatim dalam lepasan kolej macam tu la, nak cari bapa dia dan mahu kepastian kenapa bapa dia tinggalkan dia bila ibu Gaby meninggal. Dia cari bapanya di Mexico dengan bantuan kawannya yang tengok muka pun tahu tak boleh percaya. Walaupun nenek Gaby dan Rambo nasihat tak payah cari musibat tu…dia degil. Berkesudahan dia jumpa bapa dia – bapa dia cakap Gaby bukan anak yang dia mahu – Gaby kena jual dgn kawan dia untuk sindiket pelacuran – Rambo cari Gaby dan konflik mula kat situlah. Kaaaan….sangat boleh dijangka. Yang tak boleh jangka ialah apa tindakan Rambo untuk membalas dendam sebab Gaby mati overdose heroine.

Kau akan rasa tengok Rambo yang dekat dengan cerita perang-perang bila Rambo menjadikan ruang bawah tanah yang dia bina penuh dengan perangkap seperti Perang Vietnam. Aku sampai tutup mata tak sanggup nak tengok scene ala-ala Final Destination. Dahsyat atuk ni…tapi lumayan. Puas hati tengok ending. Padahal lawan kartel pelacuran aje. Kematian Gaby membuatkan Rambo koyak.

Sebelum ending kredit, adalah scene-scene dari filem Rambo yang dulu. Masa ni aku rasa betapa jauhnya masa telah meninggalkan dunia kanak-kanak aku dan Rambo memang antara filem yang sering dinantikan tayangannya dikaca TV. So, siapa minat Rambo kita geng!

Satu yang buat aku tak jadi tidur ialah Rambo/Stallone mengingatkan aku pada Uncle Jack! Cara dia cakap, pengalaman yang lebih kurang sama dan ada beberapa situasi dalam filem itu aku tahu, dia akan buat perkara yang lebih kurang sama kalau jadi pada aku. Tiba-tiba aku rindu giler pada dia ?

So, pada aku filem ini okay ajelah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *