Raja Dadah Juara Prison Break

130520172938-el-chapo-guzman-illustration-story-top

Kalau sekali berjaya loloskan diri daripada penjara – itu handal.

Tapi kalau dua kali berjaya – itu handalism! Lebih-lebih lagi jika penjara itu dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan dikawal selia dengan teknologi yang terkini.

Jaoquin Guzman, ketua kartel dadah berpengaruh di Sinaloa, Mexico berjaya meloloskan diri daripada tahanan untuk kali kedua. Ternyata walaupun dilengkapi kawalan keselamatan maksimun tetapi dikelilingi kakitangan yang korup  menjadikan sistem yang ada hanya setakat hiasan sanggul dan pembaziran duit rakyat semata. Duit itulah raja.

Kali pertama Guzman lari daripada penjara ialah pada tahun 2011. Oh, aku ingat berita ini sebab dia menyorok dalam raga baju dan dikatakan memberi rasuah kepada pengawal penjara.

mexico-drug-lord-guzman.si

Dikenali sebagai El Chapo aka Si Pendek, dia dikategorikan sebagai manusia yang dikehendaki di dunia dengan tawaran ganjaran sebanyak AS$5juta. Namun dia berjaya diberkas pada tahun 2014. Kaya ni…raja dadah. Kalau dia kenal Walter White konfem mereka akan bergabung dan meletup.

Bagi melarikan diri daripada penjara untuk kali kedua, dia dikatakan lolos di dalam bilik air penjara yang mempunyai satu lubang yang bersambung dengan terowong sepanjang 1.5km – dilengkapi sistem pengudaraan dan ada lampu! Kau mampu?

Sama-samalah kita menyaksikan perkembangan berita Guzman selepas ini…Kot betul dia selamat terlepas balik Sinaloa makanya selamat babailah usaha menangkap semula Guzman. Geng dia besar dan berpengaruh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *