Raja Buah

Kuningmu menggoda...
Kuningmu menggoda…

 

Lama tak makan durian yang sedap, ampuh dan mapan. Ringkasnya, durian yang sedap giler nak mamp** sampai menjejes air mata. Kali terakhir tahun lepas, kalau tak silap semasa Ezzudin 7 bulan dalam kandungan. Aku dibelanja durian tembaga bukit yang sumpah sedap dan durian udang merah. Sedap juga, tapi tidak sehandal durian tembaga bukit. Musang King lebih klasik..Itu berlaku pada tahun 2012 dan itu juga adalah kali pertama aku merasa raja buah berjenama Musang King. Perasaannya?! Syurga….!

Petang semalam kami melalui kedai durian yang sama. Separa menjerit aku tunjukkan ‘eh, durian!’ Maklum sekarang bukan musim durian yang menggila. Hadi tidak menghampakan aku petang itu. Sayangnya durian tembaga bukit tak ada. Yang ada semuanya tajuk lain. Takpelah, aku nampak ada Musang King.

Harganya memang mahal. Oh, kau eksyen sebab bukan musimnya. Aku minta pengurangan harga seadanya. Aku katakan pada sang penjual aku teringin sangat dan aku baru sahaja habis berpantang. Dia memilih buah yang paling anggun untuk kami berdua. Sebiji cukuplah…sekadar menghilangkan perasaan teringin.

Fuuuh..fuuh,..sumpah sedap 🙂

Setahun tak makan durian lepas ini pun tak mengapa.

Beliau menikmatinya dengan aman...
Beliau menikmatinya dengan aman…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *